Menurut Rashid, demam yang berlanjutan sejak dimasukkan ke Hospital KPJ Kajang, Sabtu lalu semakin kebah dan suhu badannya kembali normal ke 37 darjah Celsius.
“Jika sebelum ini, bila malam saya akan demam dan pernah sekali suhu badan mencecah sehingga 39.9 darjah Celsius. Tetapi sekarang sudah normal (suhu badan).
“Cuma ruam-ruam merah dan gatal belum pulih sepenuhnya, tetapi yang penting saya tidak demam lagi,” katanya.
Katanya sekiranya demamnya benar-benar pulih dia berkemungkinan dibenarkan pulang hari ini, bagaimanapun bergantung kepada pemeriksaan doktor nanti.
Menurut Rashid, doktor yang merawat bagaimanapun tidak dapat mengesahkan apakah punca sehingga beliau dijangkiti virus berkenaan.
“Simptom virus ini hampir sama dengan denggi, cuma bezanya saya tidak sakit pada sendi, tidak sakit kepala atau pening-pening,” katanya yang perlukan masa rehat sepanjang minggu ini sebelum kembali bertugas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan