Katanya, terdapat cakap-cakap di peringkat akar umbi sejak beberapa bulan kebelakangan ini bahawa Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga menteri pertahanan, dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum akan datang.
"Dakwaan ini timbul setiap hari bukan sahaja di kalangan
pembangkang tetapi juga dalam BN dan Umno," katanya sambil menambah bahawa jaminan Ahmad Zahid itu hanya sebagai tabir ketika rasa tidak puas hati terhadap Zambry menjadi bahan percakapan dan kemungkinan beliau digantikan.
Walaupun apa pun, tambah Asmuni (kiri), PAS Perak serta Pakatan Rakyat bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja yang akan menjadi calon menteri besar BN.
Ditanya sama ada beliau ada mendengar kerusi yang dikatakan akan ditandingi Ahmad Husni jika beliau akan menjadi menteri besar, Asmuni berkata, terdapat khabar angin bahawa menteri kewangan kedua, yang juga ketua Umno bahagian Tambun itu, mungkin bertanding di Ulu Kinta, manakala Ahmad Zahid pula di Hutan Melintang.
Khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan Zambry (kanan) berpindah ke kerusi Parlimen, dan Ahmad Husni atau Ahmad Zahid mungkin menggantikannya sebagai menteri besar.
Zambry dikatakan menjadi calon pilihan Ahmad Zahid sebagai menteri besar semasa krisis perlembagaan Perak empat tahun lalu, manakala Ahmad Husni dilihat sebagai orang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, Khamis lalu, beberapa akhbar melaporkan Ahmad Zahid menyatakan bahawa tiga menteri - semua dari Perak - mahu Zambry kekal sebagai menteri besar Perak.
Selain Ahmad Zahid, dua lagi menteri ialah Ahmad Husni adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
'Umno Perak bersatu sokong Zambry'
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Larut, Mohamad Anuar Ariffin menolak desas-desus tentang wujudnya keretakan dalam Umno negeri itu, tetapi sebaliknya menegaskan bahawa parti itu bersatu menyokong Zambry.
"Saya juga ada mendengar pihak pembangkang mendakwa pada masa lalu terdapat perselisihan di antara Zambry dan Ahmad Husni (kiri). Ini tidak benar sama sekali kerana dalam mesyuarat kedua-duanya sangat mesra dan hubungan mereka baik," kata Mohamad Anuar, yang juga ahli Jawatankuasa Perhubungan Umno Perak, kepada Malaysiakini.
Ahmad Husni (kiri) adalah timbalan pengerusi Umno Perak, yang dipengerusikan oleh Zambry.
Mohamad Anuar menganggap cakap-cakap tersebut sebagai propaganda pembangkang semata-mata.
"Dakwaan ini dibuat oleh orang luar dan pembangkang. Bagaimanapun dalam Umno, kita bersatu menyokong Zambry," katanya sambil menambah Zambry selaku menteri besar telah banyak berusaha untukmemenangi rakyat semula sokongan rakyat kepada Umno dan BN.
katanya, sokongan yang disuarakan oleh Ahmad Zahid itu, yang mewakili tiga lagi menteri, telah mencerus spekulasi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan