Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, itu tidak menjadi masalah memandangkan keanggotaan sedia ada dalam majlis itu mencukupi.
Menurutnya, sehingga semalam, majlis tidak membincangkan soal siapa yang akan menggantikan Nasharudin.
"Setakat ini kita tidak menyenaraikan sesiapa pun untuk menggantikan kekosongan itu. Kita berharap jika ada pengganti nanti, orang itu akan lebih baik," katanya, semalam.
Sementara itu, mengulas dakwaan ada seorang lagi anggota majlis itu yang mempunyai masalah kedatangan iaitu Datuk Muhammad Daud Al-Iraqi, Nik Zawawi berkata, dakwaan itu tidak benar.
Katanya, ketidakhadiran Muhammad Daud dalam mesyuarat Majlis Syura adalah dengan keizinan majlis.
"Majlis Syura akan membenarkan anggotanya yang uzur dengan izin syarak sahaja untuk tidak hadir dalam setiap mesyuarat yang diadakan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan