Nazar Hashim
PENANTI : Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor
Othman tidak akan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti
pada PRU 13, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Ketua Umum KEADILAN itu, berkata muka baru diberi peluang
dan sokongan rakyat diperlukan bagi mempertahan kerusi berkenaan.
“Bukan saja Penanti akan dipertahan, malah majoriti lebih besar menjadi harapan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Beliau
demikian pada majlis ramah mesra bersama masyarakat keturunan Tionghua
sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini, 12 Februari lalu.
Anwar berkata, Mansor perlu memberi tumpuan penuh terhadap kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya di Nibong Tebal.
Katanya, usaha menawan kembali Nibong Tebal menjadi keutamaan bagi
memastikan KEADILAN mempertahan kerusi yang dimenangi pada PRU 12.
“Permatang Pasir yang diwakili PAS juga mesti dipastikan menang
manakala Seberang Jaya yang diwakili Umno mampu untuk ditawan
berdasarkan kepada senario politik terkini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan