Jumaat, 22 Februari 2013

MCA Pandan: Tee Keat belum tersingkir, calon belum diputuskan


KUALA LUMPUR, — Krisis dalaman MCA ekoran  perebutan calon di kerusi parlimen Pandan berlarutan apabila MCA bahagian menegaskan tiada sebarang keputusan dibuat untuk menyingkir penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar), serta pada masa sama mendedahkan mereka masih belum memutuskan tentang nama calon yang akan bertanding dikawasan tersebut pada Pilihan Raya 2013.



Pemimpin exco MCA bahagian tersebut juga menyangkal dakwaan mengatakan telah menghantar pencalonan calon muka baru Gary Lim  bagi menggantikan Ong yang memenangi kawasan tersebut pada Pilihan Raya 2008 lalu.

“Sidang media ini bertujuan menjelaskan MCA bahagian Pandan tak pernah menghantar nama calon kepada kepimpinan tertinggi.

“Juga tiada sebarang mesyuarat yang memutuskan tentang calon yang akan bertanding nanti,” kata Pemuda MCA Chong Sin Woo dalam satu sidang media hari ini.’

Pada hari ini juga, seramai 14 ahli jawatankuasa MCA bahagian Pandan tidak termasuk pengerusinya Datuk Eric Ong Chen Huing dan dua naib pengerusi  Wong Choy dan Foo Ah Soon telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan tentang isu yang didedahkan oleh media baru-baru ini mengenai kawasan tersebut.

Mesyuarat tergempar hari ini telah dihadiri exco bahagian antaranya Timbalan Pengerusi MCA bahagian Tan Chuang Yong, Naib Pengerusi Tong Giaw, Ketua Wanita Leong Siew Kam, Setiausaha Chan Chee Peng, Naib Setiausaha  Datuk Terrence Chua Cheng Huat, Bendahari  Datuk Leow Kum Wah, Naib Bendahari Chang Kam Ming, Setiausaha Penganjur Chung Mun Hing, Naib Setiausaha Penganjur Lee Fook Seng serta ahli jawatankuasa lain yang terdiri daripada Chong Chee Yeon, Lee Kim Loong, Lee Cheing Fong dan Wong Chee Kheong.

Tiada ulasan: