Ahad, 10 Februari 2013

Masa depan Khalid gelap dikala PKR menyiapkan senarai calon Selangor, kata sumber


Kepimpinan PKR, pada satu masa, memikirkan untuk menggugurkan Abdul Khalid sebagai calon Ijok. – Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 10 Feb – Ketidakstabilan berhubung masa depan politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, dengan sumber dalam Pakatan Rakyat (PR) mengatakan menteri besar penggal pertama itu mungkin kehilangan jawatannya jika pakatan tersebut berjaya mempertahankan negeri dalam Pilihan Raya 2013.

Kepimpinan PKR setakat ini tidak mahu mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan terpilih untuk mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu, dengan kemarahan yang semakin meningkat di kalangan penduduk tempatan yang dikatakan melihat ahli politik itu sebagai wakil rakyat “tidak hadir”.

The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan PKR pada satu masa, memikirkan untuk menggugurkan Abdul Khalid sebagai calon Ijok kerana kebimbangan menteri besar itu akan kalah di kerusi Dun tersebut.

“Penduduk tempatan melihat beliau sebagai wakil rakyat tidak hadir, beliau tidak pernah turun padang jadi timbul persepsi. Kadangkala kami faham kedudukan beliau sebagai MB tetapi orang-orang beliau juga tiada di kawasan, jadi sukar untuk bekerja di bawah,” kata seorang pemimpin tertinggi PR kepada The Malaysian Insider.

Isu pengguguran Abdul Khalid bermula selepas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada Oktober tahun lepas Abdul Khalid akan mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak, tetapi tidak menyatakan tentang kerusi Ijok.

Pengumuman menyemarakkan syak wasangka bahawa parti itu merancang untuk menggantikan Abdul Khalid dengan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang kononnya bersaing untuk jawatan tersebut.

Timbul juga cakap-cakap tentang untuk menenangkan Abdul Khalid, Anwar menjanjikannya jawatan persekutuan sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya.

“Adakah beliau menyatakan Abdul Khalid akan bertanding di Ijok? Tidak. Anda boleh membuat kesimpulan sendiri,” kata seorang pemimpin PKR dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang merupakan salah seorang yang berada dalam jawatankuasa senarai calon menafikan khabar angin tersebut sebagai tidak berasas tetapi tidak mengesahkan sama ada rancangan parti untuk merombak semula barisan kepimpinan negeri Selangor termasuk menggugurkan Abdul Khalid.

“Saya sangat sedar dengan setiap butiran dan tiada tentang itu. Jawatankuasa calon parti yang dipengerusikan oleh Anwar masih lagi melibatkan pemimpin diperingkat negeri tentang perkara ini,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila diminta pengesahan tentang rancangan PKR untuk menggugurkan Abdul Khalid daripada Ijok.

Khabar angin yang merangsang tentang penyingkiran Abdul Khalid adalah masalah yang melanda jentera PKR tempatan.

Sumber memberitahu Abdul Khalid tidak mampu untuk berkempen dengan berkesan berikutan permusuhan berterusan antara beliau dan kakitangan utama kempen, yang kononnya telah meninggalkan jentera sehingga hampir lumpuh.

Terdapat cakap-cakap pemimpin tempatan enggan bekerjasama selepas Abdul Khalid menolak permintaan untuk “bayaran” sebagai balasan terhadap kesetiaan mereka, serta dakwaan kelemahan Abdul Khalid dalam berkomunikasi serta “keangkuhan” menyebabkan tercetusnya perselisihan.

Tiada ulasan: