Dari saya sentuh hal ehwal 'orang itu' pagi-pagin ini seperti mana ramai kekawan yang minta saya mengulasnya baik saya sentuh perihal Mahathir Mohamad, tokoh kematu yang tidak pernah sedar diri. Lebih berbaloi kalau saya mengulas mengenai Mahathir setidak-tidaknya kalau dapat 'dosa' ia balik modal kerana kedudukan Matahir yang tinggi dan tidak pernah mahu tunduk ke bumi itu. Lagipun Mahathir kini berada dalam war room, Umno.
Menjadi amalan saya, saya tidak suka mencatat mengenai ahli politik kecil atau pun mereka yang berkedudukan tetapi tidak ada nilai buat saya. Orang yang pendek akal politik atau merasa dirinya gah walhal dia tidak gah setara mana pun membuangkan masa saya saja atau kalau ditulis ia akan menghauskan keyboard laptop saja.
Bila sebut orang itu saya teringat kata-kata Salentia suatu masa dulu mengenai orang itu. Katanya orang itu tidak layak jadi orang besar atau pun berada ditempat kedudukan sekarang kerana fizikalnya tidak menarik. Dia kelihatan seperti budak dan orang kerdil saja. Maaflah... kalau nak marah, marahkan kepada Salentia yang juga kepada saya dia (Salentia) kerdil moral politiknya.
Berbalik kepada persoalan asal, apa yang hendak diperkatakan ialah tentang Mahathir yang marah-marah kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana Mursyidul Am PAS itu mengunjungi Karpal Singh semasa MB Kelantan itu mengadakan lawatan ke Pulau Pinang beberapa hari lepas. Mahathir jelous dengan Nik Aziz yang ke rumah Karpal Singh kemudian sama-sama memakan kek hari jadi Nik Aziz.
Kata Mahathir Nik Aziz sanggup pergi ke rumah Karpal Singh untuk sama-sama meraikan hari jadinya (Nik Aziz) tetapi tidak sanggup keluar dri Pakatan Rakyat. Mahathir menyifatkan Nik Aziz lebih sayangkan kepada Karpal Singh dan DAP. Mahathir membuat lawak biawak (gurau biawak) mengatakan Nik Aziz tidak berani meninggalkan Pakatan Rakyat.
Dia cabar Nik Aziz meninggalkan Pakatan Rakyat. Soalnya kenapa beliau bersungguh mahu Nik Aziz tinggalkan Pakatan Rakyat? Jawabnya mudah Mahathir tahu kekuatan Pakatan Rakyat kini akan mengugat kekuasaan UBN. UBN tidak akan menang sekiranya PAS, DAP dan PKR bersepadu dalam Pakatan Rakyat. Jadi usaha Mahathir kini dan beliau percaya pakatan itu hendaklah dileburkan.
PAS atau Nik Aziz tidak sepertinya yang akan memungkiri janji dan suka memperlecehkan orang. Apa salahnya kalau Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh yang merupakan rakan politik dalam Pakatan Rakyat? Mahathir tidak perlu cemburu dan irihati. Nik Aziz ternyata lebih menghormati pendirian Karpal Singh berbanding dengan Mahathir. Meskipun Karpal Singh mengatakan kena langkah mayatnya daulu kalau mahu laksanakan hudud tetapi bagi Nik Aziz kata-kata dan pendirian Karpal Singh lebih bermaruah dari Mahathir.
Bagi Nik Aziz dia boleh terima Karpal Singh kerana mungkin merasa wajar kalau Karpal Singh bersikap anti hudud sebab dia bukan Islam yang tidak faham dengan maslahat hukum berkenaan. Sebaliknya Mahathir seorang mengaku Islam jauh lebih tidak faham hudud berbnding dengan Karpal Singh. Karpal membuat pendirian itu kerana mengira perlembagaan persekutuan menjadi penghalang kepada perlaksaan hudud, maka itu beliau berkata kalau sesiapa yang melanggar perlembagaan persekutuan kena langkah dulu mayatnya.
Seorang pengawal undang-undang dia teguh berpegangan kepada prinsip undang-undang. Memahami kata-kata Karpal Singh itu hudud akan dapat dilaksanakan sekrianya perlembagaan persekutuan dipindah.
Sebaliknya Mahathir sebagai seorang Islam tidak patut menentang hudud. Dengan kuasa yang ada kepadanya sebagai presiden parti dan perdana menteri ketika itu kalau ada sisi-sisi dalam perlemnagaan menghalang perlaksanana hudud Mahathir perlu memidahnya. Beliau patut menggunakan kuasa itu untuk Islam. Tetapi adakah dia kisah? Bukan sahaja bersedia untuk pindah malahan dikirimnya surat mengancam Nik Aziz sekiranya kerajaan Kelantan melaksanakan hudud tunggulah akibatnya.
Sikap dan perbezaan itulah menyebabkan Nik Aziz lebih boleh berlunak dengan Karpal Singh berbanding dengan Mahathir. Bagi Nik Aziz pula lebih baik bersahabat dengan orang bukan Islam tulen daripada bersahabat dengan orang Islam yang munafik seperti Mahathir Mohamad.
Jadi Mahathir jangan jelous dengan Nik Aziz dan usahlah buat lawak biawak mencabar Nik Aziz meninggalkan Pakatan Rakyat. Dalam kaca mata Nik Aziz sudah pasti Pakatan Rakyat lebih baik daripada Barisan Nasional kerana kepahitan yang dialui dalam BN sewaktu Mahathir menjadi pengerusinya sangatlah memeritkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan