MALAYSIA KINI
Presiden
PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan sokongan kepada
Pengerusi parti itu di Johor, Datuk Chua Jui Meng dan menegur tindakan
membangkitkan secara terbuka pertikaian mengenai agihan kerusi di negeri
itu.Katanya, perbezaan pendapat yang wujud di antara parti-parti dalam Pakatan - sama ada berhubung rundingan agihan kerusi atau perkara lain - tidak perlu dibangkitkan secara terbuka, terutamanya menjelang pilihan raya.
Sebaliknya, Wan Azizah berkata, sebarang perselisihan dalam Pakatan perlu diselesaikan secara dalaman, seperti yang dinasihatkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini.
Lim mengeluarkan arahan tutup mulut kepada Boo pada hari Selasa, selepas ADUN Skudai itu menuduh Chua merosakkan hubungan antara PKR dan DAP di Johor untuk kepentingan politik beliau sendiri.
Wan Azizah menegaskan bahawa ketiga-tiga parti telah berjaya menembusi landskap politik Johor dan telah mewujudkan satu persefahaman mengenai isu-isu utama.
Oleh itu, katanya, kenyataan media yang negatif tidak membantu dan "boleh dieksploitasi oleh musuh kita."
Beliau menegaskan bahawa kepimpinan PKR sentiasa mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap Chua untuk menerajui PKR Johor.
Katanya, Chua telah memberi sumbangan besar dalam kemajuan parti itu di Johor dan perlu terus diberi peluang untuk membawa perubahan yang berterusan di negeri untuk rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan