BEKAS Pegawai Penyiasat Persendirian yang juga watak penting di dalam
misteri pembunuhan Altantuya, Balasundram akan pulang ke tanahair tidak
beberapa lagi. Kepulangan beliau sudah pastinya disambut dengan
berbagai rasa dan perasaan oleh beberapa individu.
Paling gembira menyambut kepulangan beliau sudah pastinya rakyat yang mahu mendengar beliau kali ini berkata 'benar' tentang isu Altantuya dan tentang tokoh bernama Najib. Balasundram lari ke luar negara setelah membuat dua Akuan Bersumpah, yang mana akuan pertama menggegarkan Najib, kemudian akuan kedua pula melegakan Najib. Namun kelegaan Najib tidak lama kerana Deepak mungkin tidak larat mahu menanggung Balasundram sepanjang Balasundram berada di luar negara setelah 'melegakan' Najib.
Kali ini ketentuan Allah tidak boleh dielak lagi. Deepak telah
berbunyi, Balasundram pula akan menyusul untuk membuatkan Najib bakal
menjadi 'gila' dan 'meroyan' akibat tekanan perasaan. 'Hantu' Altantuya
sentiasa muncul di dalam mimpi Najib sehinggakan beliau terlupa tarikh
luput Parlimen semakin hampir. Bomoh Rosmah tidak lagi kuat untuk
menyelamatkan Najib. Sumpah Najib di Permatang Pauh, sumpah Rosmah yang
"tidak kenal" cincin RM24 Juta dan segala beg tangan dan cincin jutaan
ringgit itu kini memakan tuan.
Rakyat tidak peduli lagi BR1M, TR1M, KR1M atau apa jua 'RIM-RIM" yang
bakal Najib umumkan. Rakyat hanya mahu tahu adakah cukup penjara kita
untuk menampung tetamu selepas PRU ke 13 nanti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan