Sabtu, 12 Januari 2013

Sentuhan terakhir sebelum BN tumbang













DETIK DAILY

HIMPUNAN Kebangkitan Rakyat (HKR) bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini adalah ‘sentuhan terakhir’ untuk mendapatkan jaminan daripada Dato’ Seri Najib Tun Razak berkenaan dengan satu proses pilihan raya yang adil dan bersih.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayob berkata, kehadiran rakyat dari seluruh negara merupakan satu ‘lakaran’ manifestasi daripada hasrat yang telah sekian lama terpendam serta mengharapkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berlangsung diatas ‘satu padang permainan yang adil’.

Beliau menafikan bahawa perhimpunan raksasa yang dipelopori oleh sebahagian besar pimpinan Pakatan Rakyat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), bukan bertujuan untuk timbulkan kekacauan atau menjadikannya sebagai medan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak demokratik.

“Satu komitmen yang kita buat bersama dengan rakyat yang sudah lama berjuang untuk mendapatkan satu pilihan raya bersih dan adil”, tegasnya

Salahudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menggesa ahli PAS di seluruh Malaysia supaya menghadiri himpunan tersebut, seterusnya membuktikan bahawa sasaran satu juta akan tercapai dengan jayanya.

Tiada ulasan: