Khamis, 31 Januari 2013

Pindah Stesyen; Pemandu Teksi Terkejut, Tidak Puas Hati

 Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/Haji%20Hashim.png

KUALA TERENGGANU -  Majoriti pemandu teksi bandaraya Kuala Terengganu terkejut dengan arahan perpindahan semerta stesyen teksi oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dari Jalan Masjid Abidin ke kawasan bekas tapak stesyen bas ekspres di Jalan Sultan Zainal Abidin (Tanjung), berhampiran pasaraya Astaka.

Wakil mereka, Haji Hashim bin Mat Amin berkata, walaupun perkara tersebut penah dibincangkan sebelum ini, namun penguatkuasaannya ditangguhkan kerana pembinaan stesyen teksi baru tersebut belum siap.

"ini masalahnya, benda (pembinaan stesyen baru) tak siap lagi, kalau siap doh kita tak ada masalah, walau pun jauh kita gi lah dulu walau macamana pun.....pasal benda tu tak tahu ke benda lagi, sedar-sedar suruh pindah sahaja,

"sekurang-kurangnya ada tempat kita berteduh dulu, hok tentang laku ke tak laku berniaga nak buat macamana.....kita ikhtiar lah,"ujarnya ketika ditemui semalam Rabu, 30 Januari.

Katanya, beliau tahu tentang perbincangan antara Persatuan PemanduTeksi dengan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu petang sebelumnya, namun keputusan perbincangan tersebut tidak dimaklumkan kepada semua ahli.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/tak%20siap%20lagi.jpgHaji Hashim yang sudah berkhidmat selama tujuh tahun sebagai pemandu teksi bandaraya, hanya tahu mengenai arahan perpindahan segera itu setelah sampai ke stesyen lama di Jalan Majid Abidin pada pagi Rabu, 30 Januari.

"kita ni da tak maklum, jadi mari pagi ini dari rumah sedap je....kononnya gi stesyen lah hari ini, tengok-tengok jadi macam ni, macam kelmarin (waktu) kita nak balik kelmarin batu-batu (penghadang) tidak ada lagi kelmarin,"jelasnya. [Lihat Video Klip]

Beliau melahirkan rasa tidak puas hati kerana hanya beberapa teksi sahaja yang dibenarkan beratur menunggu penumpang di Hentian bas MBKT manakala teksi lain terpaksa menunggu jauh di stesyen teksi yang baru.

Tinjauan skuad BO mendapati, kerja-kerja membina dn menyiapkan hentian teksi di Tanjung bermula pada 21 November tahun lalu dan hanya dijangka siap pada 12 Mac akan datang.

Berita berkaitan sebelum ini:

Stesyen Teksi Mesti Berhampiran Dengan Stesyen Bas

Tiada ulasan: