Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR : Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische
Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan
Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.
Setiausaha
Gabungan NGO Pengerang (GNP), Kapten Hasnul Ahmad, berkata BASF selaku
pelabur terbesar projek kontroversi berkenaan, menarik diri kerana
memikirkan reputasi syarikat pada masa depan.
“Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF
tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi
isu dunia.
“Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Beliau juga menyifatkan penarikan syarikat berpangkalan di Eropah itu
sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan
penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat.
BASF
pada kenyataan rasmi 21 Januari lalu membuat pengumuman rasmi untuk
menarik diri dari projek yang dianggar bernilai RM60 bilion itu.
Perjanjian Utama (HOA) ditandatangai kedua-dua pihak pada 5 Mac 2012 dengan BASF melabur RM4 bilion dalam projek Rapid.
Mengikut terma perjanjian, sebuah entiti baru akan ditubuhkan dengan
BASF memegang 60 peratus kepentingan manakala Petronas 40 peratus yang
kini mencari rakan niaga baru.
Kedua-dua pihak merancang untuk memiliki, membangun, membina, mengoperasi fasiliti pengeluaran produk petrokimia di Rapid.
Pada kenyataan media itu, Hasnul bagaimanapun kesal berikutan
kerajaan Johor langsung tidak membuat pengumuman rasmi berhubung
penarikan syarikat berkenaan.
“Itu tanggungjawab mereka. Sepatutnya buat pengumuman kerana rakyat ialah pemilik kepentingan,” kata Hasnul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan