Selasa, 29 Januari 2013

Pakatan Rakyat janji naikkan harga sawit

Oleh Ridzuan Shamsudin

KUALA LUMPUR - Penurunan harga sawit yang berterusan sejak setahun lalu menjejaskan pekebun sawit dan peneroka Felda secara keseluruhan.

Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, satu mekanisme mengkaji dan menetapkan harga sawit boleh dilaksanakan Pakatan Rakyat.

Katanya, dilema yang dihadapi pekebun kecil hari ini gagal diselesaikan oleh kerajaan kerana enggan berunding secara dua hala dengan Indonesia.



Harga sawit dan getah tertekan. Kos pengeluaran di Indonesia terlalu rendah. Jadi negara itu boleh jual sawit lebih murah.

“Dalam hal ini Malaysia perlu turunkan kos sekiranya ingin jual sawit. Termasuk beberapa jenis cukai yang relatif tinggi berbanding negara pesaing,” jelasnya.

“Harga getah turut tertekan. Dulu RM6.80 sekilo sekarang RM3.80. Kita perlu menetapkan harga lantai dalam industri getah (bantuan akan diberi jika melepasi had harga tersebut),” katanya kepada Keadilan Daily.

Suhaimi juga mengecam pelabur syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melabur dalam industri sawit di Indonesia.

Katanya, mereka menanam sawit secara besar-besaran sehingga mengakibatkan lambakan.

Bagaimanapun, jelas Suhaimi, syarikat besar masih memperolehi keuntungan berdasarkan saiz ladang berbanding pekebun kecil yang rugi teruk.

Tiada ulasan: