Ibu
Tunggal Siti Azma Mohd Zin, 34, yang juga bekas ahli Puteri Umno
dicaci dan difitnah oleh ADUN Umno Paka selepas kisah kemiskinan
hidupnya yang ‘tinggal dalam rumah kotak’ disiarkan dalam sebuah akhbar
tempatan.
“Sepatutnya dia (ADUN Paka) mari jumpa saya……(tapi) dia
kata (tentang saya) di (program) sekolah tu, macam-macam (dia kata)
orang sampaikan (kepada saya)…..emak (saya) beli ikan dipasar, balik
menangis kata (tentag apa yang orang cakap) tentang saya,”
“sepatutnya bila (dia) tahu, dia baca suratkhabar, dia mari tanya sendiri….betulkan benda (perkara itu)…… ni dia dengar hak orang kata……bukan saya masuk (berita dalam suratkhabar minta tok laki (suami),”ujar Azma dengan nada sayu.
“sepatutnya bila (dia) tahu, dia baca suratkhabar, dia mari tanya sendiri….betulkan benda (perkara itu)…… ni dia dengar hak orang kata……bukan saya masuk (berita dalam suratkhabar minta tok laki (suami),”ujar Azma dengan nada sayu.
Katanya,
beliau bekerja di kedai makan untuk menyara kehidupannya tiga beranak,
sehingga lewat malam dan kadangkala sehingga dinihari jam 2 pagi,
bukannya melakukakn perkara yang tidak baik.
Menurutnya,
sebab itu beliau membuat rumah berdindingkan papan lapis dan beratap
zink umpama ‘rumah kotak’, agar tidak menyusahkan keluarga kehidupan
ibunya, sekiranya beliau tinggal dengan keluarga.
Siti Azma
berkata demikian ketika dikunjungi oleh timbalan Pesuruhjaya 1 PAS
Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, di ‘rumah kotaknya’ di Kampung
telaga MAS Paka, dekat sini pada Selasa, 29 Januari.
Katanya,
ibunya yang tinggal bersebelahan rumahnya di kampung tersebut telah
berpisah dengan bapanya, yang masih menetap di Tanah Rancangan Felda
Kerteh.
Ekoran
fitnah dan cacian ADUN Paka itu, Azma mendakwa anak perempuannya yang
berumur 18 tahun turut tertekan dan ‘trauma’ sehingga duduk didalam
bilik dan tidak keluar ke mana-mana.
[Gambar kiri - 'Rumah Kotak' Siti Azma di Kampung Telaga Mas, Paka]
“tak
sedih bak po (kenapa) emak balik menangis-nangis depan kita, kita pun
sebak lah, anak (perempuan) saya pun jadi tekanan (tertekan)….tekanan
(kepadanya sehingga) tidak pergi ke mana-mana,
“sebelum
ini dia tak pergi mana pun, (cuma) pergi bekeja di kedai (makan),
tolong basuh pinggan….tolong angkat air (minuman) bolehlah (upah)
RM10,”jelasnya.
Menurutnya,
antara fitnah yang kini sedang menjadi buah mulut orang ramai adalah
tuduhan beliau terlibat dengan perbuatan maksiat, dan sering
bertukar-tukar pasangan.
Beliau
merasa cukup kesal dan terlalu sedih kerana, katanya, seorang wakil
rakyat tidak sepatutnya menyebarkan fitnah seumpama itu dikalangan
masyarakat umum.
“dah tak
sedih macamana saya, patut dia bertanya khabar…… saya 9anak beranak)
makan atau tidak…… (tapi) dia tak tanya……….,”kata Azma yang tak dapat
menahan sebaknya. [Lihat dan Dengar Kisah Sedih Siti Azma Mohd Zin Dalam Rakaman Video Ini]
Fitnah ADUN Paka, katanya, bukan setakat kepada dirinya sekeluarga, tapi turut menimpa wartawan akhbar terbabit yang menulis berita kerana mendedahkan kisah sebenarnya kesudahan yang beliau alami.
Fitnah ADUN Paka, katanya, bukan setakat kepada dirinya sekeluarga, tapi turut menimpa wartawan akhbar terbabit yang menulis berita kerana mendedahkan kisah sebenarnya kesudahan yang beliau alami.
Beliau
sangat terkilan kerana sebelumnya beliau adalah seorang ahli Puteri
umno yang aktif dan sering menghadirkan diri dalam program-program yang
dianjurkan oleh parti itu.
Beliau mendakwa, mula menjadi ahli Puteri Umno cawangan Kampung Tengah Rasau Kerteh sejak umurnya 21 tahun tahun.
Namun
begitu, permohonannya untuk medapatkan rumah bantuan PPRT dan tanah
untuk tapak rumah dipandang sepi dan tidak diluluskan sehingga kini.
“saya
dulu memang kalau mesyuarat……..orang panggil saya mesyuarat atau
apa-apa (program) saya balik sokmo……kalau buat rombongan ke KL (kuala
Lumpur) saya masuk (ikuti),
“(saya aktif Puteri umno) sejak saya boleh mengundi dulu, (saya ahli Puteri Cawangan Kampung Tengah, Rasau Kerteh,”katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan