Notis
berupa arahan perpindahan kepada para peniaga Pasar Siti Khadijah di
sini yang ditemui sekitar pasar itu sejak semalam merupakan notis palsu
dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
Exco Kelantan Datuk Husam Musa
berkata, beliau yakin notis palsu itu sengaja dibuat pihak tertentu
dengan niat mahu menimbulkan suasana tidak elok antara Para Peniaga
Pasar Siti Khadijah dengan Pihak Kerajaan Negeri Kelantan.
“Ianya
ditampal di beberapa lokasi di Pasar Siti Khadijah dipercayai untuk
menimbulkan masalah antara peniaga dengan Kerajaan Negeri Kelantan
pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz,” coretnya dalam Facebook.
Difahamkan sejak semalam, notis itu dikesan bertaburan di pasar tersebut.
Antara
lain notis itu berbunyi “peniaga dan penjaja Pasar Siti Khadijah dan
kawasan sekitarnya hendaklah mengosongkan kawasan ini di dalam tempoh 60
hari. Arahan ini bagi membolehkan bangunan ini dirobohkan supaya
aktiviti mencarigali minyak dapat berjalan lancar. Arahan Yang Dipertua
Kota Bharu Bandar Raya Islam “.
Notis itu
dipercayai dibuat sebagai mengambil kesempatan di atas pengumuman Husam
beberapa hari lalu berhubung penemuan minyak di atas daratan di
beberapa buah lokasi di bandar Kota Bharu dan Tumpat.
Ekoran penyebaran notis palsu itu , Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan hari ini turun bertemu peniaga di pasar itu pagi tadi.
Ekoran penyebaran notis palsu itu , Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan hari ini turun bertemu peniaga di pasar itu pagi tadi.
“Hari ni
sempat luang masa ke Pasar Siti Khadijah sambil “mengintai” Notis
Perpindahan yang disedarkan oleh Pihak tak bertanggungjawab.
“Alhamdulillah para peniaga tidak terpengaruh dengan tektik jahat pihak tak bertanggungjawab,” katanya.
Yang
Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Majlis Bandaraya Islam
(MBKB-BRI), Fauzi Mat menjelaskan sebelum ini beliau telah diberitahu
bahawa satu notis meminta peniaga dan penjaja di Pasar Siti Khadijah
mengosongkan kawasan itu dalam tempoh 60 hari bagi melancarkan aktiviti
mencari gali minyak di situ.
Sehubungan
itu, beliau meminta peniaga dan penjaja di Pasar Siti Khadijah dan
kawasan-kawasan sekitarnya mengabaikan notis palsu tersebut dan
meneruskan aktiviti perniagaan seperti sedia kala tanpa ragu-ragu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan