Majlis Bekas Wakil Rakyat, MUBARAK, telah meminta pucuk pimpinan
menamakan bakal menjadi Menteri Besar Selangor lebih awal.. Dalam
temuramahnya dengan Presiden Mubarak, Tan Sri Aziz Abdul Rahman, Sinaran
Harian on-line melaporkan yang Mubarak mencadangkan nama bakal menjadi
Menteri Besar Selangor dinamakan lebih awal untuk mengelakkan ada
beberapa orang yang berminat untuk jawatan itu tidak berasa hati dan
kecewa jika nama calon MB itu diumumkan di saat akhir.
Tan Sri Aziz mengingatkan ini sangat penting diambil perhatian kerana ramai yang berminat untuik menjadi Menteri Besar negeri Selangor itu. Jika diumumkan nama bakal Menteri Besar untuk menyaingi Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat maka ada banyak masa untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dari pengumuman bakal MB itu. Pihak pimpinan Persekutuan akan mempunyai masa untuk memberikan jawatan gantian kepada sesiapa yang tidak dapat menjawat jawatan MB itu sebelum pilihanraya diadakan.
Sememangnya isu siapa yang bakal dinamakan sebagai Menteri Besar merupakan isu besar bagi Selangor jika BN berjaya kembali menguasai kerajaan negeri Selangor itu. Isu inilah yang menjadi masalah besar dan itu jugalah isunya kenapa kemungkinan BN gagal untuk merampas kembali kuasa dari PR di negeri terkaya dalam negara ini. Selain dari itu BN menghadapi masalah kerana pentadbiran Selangor yang lebih ‘efficient’ dari pentadbiran BN dahulu amat jelas sejak Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar nya Tan Sri Khalid Ibrahim sejak lima tahun yang lalu. Tidak payah disentuh kejayaan-kejayaan yang dicapai sejak lima tahun dahulu kerana rakyat Selangor sedang merasainya sekarang.
Menteri Besar Selangor ini merupakan satu jawatan yang banyak memberi masalah kepada BN selama ini dan masa akan datang. Ramai yang berebut hendak menjadi MB Selangor dan banyak pemimpin yang kecundang politiknya kerana berebut jawatan itu dan gagal untuk mendapatkannya. Dr Hasan Ali yang mendapat nama ejekan sebagai Hasan Akidah itu menjadi mangsa kerana kegagalannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Sesungguhnya yang menjadi penyebab beliau menjadi celaru hari ini ialah kerana kegagalan beliau menjadi Menteri Besar dan tidak pula berjaya menahan perasaan kecewa beliau apabila tindakan dan usaha beliau untuk mendapatkan jawatan itu gagal.
Bagi BN jika kita lihat senarai pemimpin BN yang sibuk bekerja untuk memenangi Selangor itu, tidak nampak pun seorang yang mampu untuk menyaingi Khalid Ibrahim. Itu kenyataan dan sangat tidak adil untuk dinafikan oleh mana-mana pihak dan oleh sesiapa pun. Jika Khalid diperlukan untuk di pusat PK tetap ada pengganti yang sukar disaingi oleh mana-mana calon BN untuk mengetuai kerajaan Selangor itu.
Kalau ada pun nama yang jelas berkemungkinan yang terbaik bagi BN untuk di calonkan sebagai MB, ialah Noh Omar yang menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor Tetapi Noh Omar tidak mampu untuk menaikkan imej beliau sebagai pemimpin bersih kerana terlalu banyak isu yang sedang menyelaputi diri beliau sekarang ini. Isu-isu yang berkaitan dengan salahguna kuasa di Kementerian Pertanian menjadi sebutan orang ramai di mana-mana, bukan sahaja di Selangor malahan di seluruh negara.
Mohamad Zain Mohamad, orang Melaka dan beliau merupakan calon MB yang akan ‘jatuh sebelum berlepas’ jika beliau dinamakan sebagai MB untuk menyaing Khalid Ibrahim. Untuk menamakan Mohd Zain merupakan tindakan yang akan membuatkan rakyat Selangor tertawa dan memudahkan rakyat untuk mengekalkan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor tanpa berfikir lagi setidak-tidaknya sepenggal lagi.
Selain dari nama-nama tadi siapa yang bakal di berikan tanggungjawab yang teramat besar untuk menyaingi Khalid Ibrahim atau sesiapa yang menggantikan beliau (Khalid) jika Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Putrajaya selepas pilihanraya nanti. UMNO ketandusan kepimpinan di mana-mana. Bagi UMNO, parti menghadapi masalah untuk meletak dan menamakan calon MB nya. Keadaan rumit ini bukan sahaja dialami oleh Selangor malahan ia juga di alami di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. UMNO tidak mempunyai pimpinan untuk menjadi peneraju dalam kerajaan di negeri-negeri tersebut.
Oleh itu cadangan yang dikemukakan oleh MUBARAK itu ada sedikit kebenarannya. Tetapi jika dinamakan calon itu lebih awal pun ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah kerana UMNO sudah kepupusan kepimpinan yang mampu mendapatkan penghormatan rakyat kerana pimpinan UMNO sejak 3 dekad yang lalu tidak pernah memberikan tumpuan untuk membina barisan kepimpinan yang bakal mewarisi kepimpinan yang sudah tidak lagi diterima rakyat keseluruhannya.
Bagi saya dan ramai yang lain Selangor akan tetap berada di tangan Pakatan Rakyat malahan beberapa negeri lain juga bakal dipimpin oleh Pakatan selepas pilihanraya nanti.
UMNO sudah terlalu lewat untuk memperbetulkan keadaan dan jika ada pun cara lain, caranya ialah untuk kesemua pimpinan UMNO di peringkat tertinggi berhenti dan digantikan dengan seorang yang lain yang tidak pernah terlibat dengan apa yang berlaku di dalam parti itu. DAN jika ia hendak dilakukan ia terpaksa dilakukan dalam tempoh sebulan ini.
Jika tidak dilakukan keputusan pilihanraya adalah ‘predictable’….UMNO akan kecundang….. Seperti yang saya nyatakan dalam tajuk posting saya semalam, ciri-ciri sebagai pembangkang itu sudah mula terbina di dalam BN. Maka lebih elok dilangsungkan sahaja ciri-ciri itu dan jadilah pembangkang yang baik selepas ini.
Selama ini pun UMNO menuduh PAS dan DAP serta PKR itu sebagai pembangkang yang tidak baik, maka elok BN dan UMNO mengambilalih tugas sebagai pembangkang kali ini dan berikan tugas untuk menjadi kerajaan kepada Pakatan Rakyat.
Sememangnya keadaan begitu. Pakatan Rakyat layaknya menjadi kerajaan dan BN pula layaknya menjadi pembangkang yang baik pula. Kerja bergilir ini adalah amalan yang baik. Apabila kerja dan tugas di gilirkan maka akhirnya kita akan dapat mempastikan yang mana satu yang lebih baik di antara dua atau lebih pihak yang ditugaskan menjaga kepentingan rakyat dan negara.-http://aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan