Selasa, 29 Januari 2013

Isu Nasha: Saya tidak suka sebut keburukan orang lain, kata Nik Aziz

MALAYSIA CHRONICLE



KOTA BHARU - Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menyatakan kesalahan dilakukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau dilucutkan sebagai anggota Majlis Syura.

Sebaliknya Nik Aziz mahu semua pihak memikirkan sendiri perbuatan dan sikap pemimpin itu terhadap parti selama ini.

“Saya tidak suka sebut keburukan orang lain. Awak fikir sendiri mana boleh seorang suami ceraikan isterinya kalau tidak ada masalah.

"Semua benda kena ikut kaedah, kalau di syarikat pekerja boleh dibuang jika buat hal, begitu juga pemain bola sepak boleh juga dibuang kalau tidak tunjuk prestasi baik, ini lebih-lebih lagi kalau bercakap soal Islam, lagi kena cermat," katanya di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan Nasharudin digugurkan dari jawatan Majlis Syura, setelah didapati melanggar peraturan-peraturan berjemaah seperti yang ditetapkan parti.-sinarharian.com

Tiada ulasan: