Wartawan Buletin
KUALA TERENGGANU -
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh sebahagian bumbungnya
kini benar-benar menjadi satu monumen pelancongan apabila seorang
diplomat dari Kedutaan Jepun melawat tapak stadium tersebut di Gong
Badak pada Rabu 30 Januari.
Sebelum itu, Yoko Suematsu, seorang Penyelidik kedutaan terbabit
mengunjungi Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT), di
Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini.
Menurut
Setiausaha BPPNT Haji Yahaya Ali, kunjungan Yoko adalah bertujuan
mendapatkan gambaran sebenar perkembangan politik semasa, khususnya di
negeri Terengganu.
"Setelah mendapat penerangan berhubung isu-isu
semasa di negeri ini, beliau telah meminta untuk melihat sendiri
keadaan stadium tersebut,"kata Haji Yahaya yang juga beka Exco
Infrastruktur Kerajaan Negeri Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan