KL TODAY
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) hari ini memperkenalkan laman web khas
www.pru13.gov.my yang akan memuatkan segala informasi serta proses
berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13.
Pengerusi SPR, Tan Sri
Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata selain menjadi panduan kepada pengundi
yang pertama kali mengundi, laman web itu turut memuatkan peraturan
yang baru diperkenalkan pada PRU kali ini.
“Antara
yang akan dimuatkan dalam laman web berkenaan ialah maklumat terkini
proses penamaan calon, tempoh berkempen, proses mengundi, urusan
mengundi sehingga pengumuman keputusan,” katanya kepada pemberita
selepas majlis pelancaran portal itu di sini hari ini.
Beliau
berkata laman web berkenaan akan menjadi sumber rujukan utama bukan
sahaja kepada orang ramai tetapi juga media terutamanya semasa pilihan
raya berlangsung.
Katanya ia
dapat membantu orang ramai dan media mendapatkan maklumat seperti
jumlah atau peratus terkini pengundi yang keluar mengundi tanpa perlu
menghubungi SPR.
“Setiap maklumat yang dimasukkan adalah terkini dan pegawai SPR akan memastikan ia sentiasa dikemaskini. Kita juga akan pastikan tahap keselamatan untuk mengelak laman web digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
“Setiap maklumat yang dimasukkan adalah terkini dan pegawai SPR akan memastikan ia sentiasa dikemaskini. Kita juga akan pastikan tahap keselamatan untuk mengelak laman web digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau
berkata antara lain, laman web itu diwujudkan bagi memastikan orang
ramai mendapat maklumat tepat dan sahih kerana sudah menjadi kebiasaan
setiap kali pilihan raya diadakan pelbagai khabar angin akan timbul.
SPR, katanya, mengalu-alukan sebarang maklum balas.
SPR, katanya, mengalu-alukan sebarang maklum balas.
Dalam
perkembangan lain, beliau menegaskan sekali lagi SPR sentiasa berusaha
memastikan senarai nama pengundi dibersihkan, namun berkata mana
mungkin ia dapat dibersihkan seratus peratus.
“Sebagai
contoh jika hari ini SPR memberi jaminan senarai pemilih bersih mungkin
esok ada ada berlaku kematian dan ada yang dilucutkan
kewarganegaraan,” katanya.
Mengenai
Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin
di Sabah, beliau berkata empat pegawai SPR sedang dalam senarai
menunggu untuk menjadi saksi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan