Selasa, 29 Januari 2013

Penduduk Kampung Padang Bual Tuntut Jaminan Keselamatan Dari Kerajaan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/KPM%20Pdg%20Bual.jpg 
Wartawan Buletin 

BESUT - Penduduk Kampung Padang Bual dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut dekat sini meminta jaminan keselamatan daripada Kementerian Pertanian dan kerajaan Malaysia, agar memastikan kejadian banjir ekoran empangan Paya Peda yang pecah tidak berulang.

Selain itu, menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hassan,  penduduk juga menuntut pampasan kerana kerugian yang dialami oleh mereka akibat kejadian malapetaka yang menenggelami seluruh kampung itu.

"AlhamduliLlah, kami telah betemu dengan penduduk, saya dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Padang Bual bahawa pihak Kementerian telah memberi respons yang positif diatas tuntutan mereka,

"dimana mereka telah menuntut yang pertama adalah bayaran pampasan, dan yang kedua ialah jaminan keselamatan penduduk pada masa yang akan datang,"ujarnya ketika ditemui pada Sabtu 26 Januari.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung bagi menangani isu banjir besa yang telah melanda yang melanda pada 24 Disember lalu. [Lihat Video]

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Exco DPPM Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu Zaidan Abdullah  dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Guaman PAS Terengganu Kamaruzaman A. Wahab serta Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut Shalahuddin Jaafar.

Menurut Ustaz Nasruddin, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengadakan lawatan susulan ke Kampung Padang Bual, bagi meninjau perkembangan kehidupan penduduk setempat, setelah kunjungan kali pertama dilakukakan pada 30 Disember lalu.

Oleh itu, beliau berharap pihak-pihak terbabit dapat mengambil langkah yang berkesan dan positif bagi membantu penduduk dan kampung tersebut yang mengalami kemusnahan harta benda dan juga kemudahan awam.

Pihaknya, kata beliau, sentiasa bersdia meenghulurkan khidmat dan membantu para penduduk, termasuk menyediakan khidmat guaman sekiranya diperlukan.

"saya kira perkara ini (tuntutan penduduk) telah berada dalam pengetahuan pihak Kementerian (Pertanian) atau pun KSU untuk mengambil tindakan yang berkesan dan positif,

"bagi kami pihak Dewan Pemuda InsyaAllah bersedia pada bila-bila masa menghulurkan apa jua khidmat dan bantuan kepada penduduk kampung ini, termasuk menyediakan khidmat guaman,"jelasnya.

Beliau memuji langkah-langkah yang telah diambil oleh penduduk kampung terbabit dan akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastkan segala tuntutan penduduk dipenuhi oleh pihak kerajaan.

Berita Sebelum Ini;

Kontroversi Empangan Paya Peda RM333 juta; Pecah Atau DiPecahkan??
Walaupun Bukan Empangan Yang Pecah; Kerajaan Mesti Bertanggungjawab
Kes Empangan Paya Peda; Pemuda Tawar Khidmat Peguam

Tiada ulasan: