Oleh Aspan Alias |
Himpunan kebangkitan Rakyat akan diadakan di Stadium Merdeka dan dijangkakan ratusan ribu rakyat akan berhimpun untuk menuntut lapan perkara seperti yang dituntut oleh Bersih 3.0 dahulu. Saya berharap perhimpunan itu akan berjalan lancar dan menepati sasaran untuk Pakatan Rakyat.
Sesiapa pun faham yang akan datang esok itu semuanya mahukan perhimpunan itu berjalan dengan aman dan damai seperti juga dengan niat mereka berhimpun semasa Bersih 3.0 dahulu.
Tetapi perhimpunan itu juga menjadi perkara yang memudahkan pihak kerajaan menuduh perhimpunan itu untuk membuat kacau dan kejadian perkara yang tidak diingini berlaku. Apa yang kita harapkan pihak polis atau agen ‘provocateurs’ tidak melakukan perkara yang tidak baik semata-mata untuk menunjukan yang perkara tidak baik itu dilakukan oleh penunjuk-penunjuk perasaan itu.
Bagi pihak media perdana pula seperti TV3 dan saluran TV yang lain
menyiarkan bantahan yang sengaja diada-adakan untuk menyerongkan
pandangan orang ramai terhadap pihak Pakatan dalam usaha murni untuk
menuntut satu pilihanraya yang bersih daripada penipuan dan sebagainya.
Tidak payahlah menyiarkan pandangan yang di‘stage managed’ kononnya
mereka telah kehilangan dan kerugian beribu-ribu ringgit dalam
perniagaan mereka.
Tidak ada yang rugi kecuali sebahagian kecil sahaja yang mengalami
kerugian dalam perhimpunan itu. Malahan lebih ramai yang telah mendapat
keuntungan kerana jualan mereka meningkat kerana kehadiran ratusan ribu
orang yang datang dari seluruh negara. Malahan kita sepatutnya mengambil
perhimpunan ini secara ‘positive’ kerana matlamat perhimpunan ini juga
adalah untuk mengelakan wang rakyat yang hilang dalam jumlah berbillion
ringgit yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini.
Mereka yang ramai ini hanya hendak membuat tuntutan mereka untuk
diadakan pilihanraya dengan telus seperti yang diadakan di negera-negara
demokrasi yang maju di seluruh negara. Rakyat mana yang hendakan
kekecohan? Hanya mereka yang suntuk fikiran dalam kerajaan sahaja yang
berfikir mereka yang membuat rally ini untuk melakukan kejahatan.
Rally ini tidak sepatutnya berlaku jika rakyat berpuas hati dengan cara
perjalanan pilihanraya dilakukan. Apabila rakyat berfikir yang
kemenangan BN itu merupakan kemenangan yang tidak ‘legitimate’ maka
kerajaan yang mentadbir kita itu tidak akan mendapat penghormatan dari
rakyat yang akhirnya akan wujud perasaan tidak menyenangkan di dalam
negara.
Sebagai sebuah negara demokrasi kita telah nampak yang BN tidak mampu
untuk belajar perkara yang kecil, iaitu menghormati etika pilihanraya
dengan kadar yang baik dan munasabah mengikut taraf demokrasi yang
sebenarnya.
Akhirnya saya berdoa agar perhimpunan ini tidak diambil kesempatan oleh
mereka yang ingin menunjukan yang Pakatan Rakyatlah yang melakukan
kesalahan dan pelanggaran undang-undang itu. Selamat berhimpun agar apa
yang kita tuntut itu akan dapat dipenuhi oleh pihak yang berwajib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan