Ahad, 27 Januari 2013

Deepak vs Najib, Rosmah: Kegagalan pasangan utk menjelaskan diperhatikan Muhyiddin, Dr M

Maria Begum, Malaysia Chronicle


Peniaga penuh kontroversi, Deepak Jaikishan membalas kenyataan Najib Razak yang memanggilnya “tidak mempunyai kredibiliti” dan menyebut tuduhannya berkaitan akuan sumpah dalam pembunuhan Altantuya adalah “tidak benar”.

“Saya merujuk kepada kenyataan PM sewaktu mensyuarat majlis tertinggi Umno dimana dia telah menyatakan bahawa saya, Deepak tidak mempunyai ‘kredibiliti’. Jawapan saya kepadanya adalah berikut. Jawapan anda sama seperti jawapan ‘tiada komen’ yang diberi oleh peguam bergelar Tan Sri anda berkenaan SD2 (Akuan bersumpah 2), dan ia adalah jawapan yang tidak sesuai diberikan sebagai seorang perdana menteri Malaysia. Dan hanya selepas 2 bulan, adakah anda sedang tidur selama ini? Tulis Deepak didalam email kepada Malaysia Chronicle.

Nampaknya, jawapan andalah yang tidak mempunyai kredibiliti kerana apa jua yang telah saya dedahkan dalam kes pembunuhan itu adalah benar. Saya sarankan anda sebagai perdana menteri sekarang menjelaskan kepada rakyat tentang SD2 dan bukan hanya hanya menerima tohmahan. Apa yang penting adalah kamu dan isteri kamu menjelaskan kepada rakyat secara terperinci kenapa dia mengarahkan saya untuk menerbalikkan SD2 dan kenapa anda berdua mengarahkan Dato Nazim, Tan Sri Cecil dan Suresh melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dengan menerbalikkan SD yang pertama dahulu? Bukankah ini kerana SD yang pertama adalah benar?

" “Tidak benar” sahaja tidak cukup


Bagaikan duri dalam daging pemimpin nombor satu dan isterinya, Deepak telah mendedahkan beberapa tuduhan rasuah selepas berpatah arang dengan pasangan pertama itu berkenaan perjanjian perniagaan yang melibatkan tanah kementeriaan Pertahanan dan perjanjian penswastaan yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Raja Ropiaah.

Dahulunya merupakan teman akrab Rosmah, Deepak yang berusia 40 tahun telah memperolehi baru-baru ini mendapat pampasan bernilai RM 30 juta dari Boustead Holdings, firma yang tersenarai di bursa dan dimiliki secara majoriti oleh Wang Simpanan Persaraan Angkatan Tentera. Deepak telah berkata bahawa jumlah itu tidak cukup untuknya menyelesaikan masalah kewangan dan telah bersumpah untuk meneruskan dengan pendedahannya terhadap PM dan isteri.

Najib telah berdiam diri untuk beberapa bulan apabila pendedahan Deepak hangat diperkatakan, mencetuskan spekulasi bahawa dia diserang strok akibat tekanan yang diberikan oleh partinya supaya dia meletak jawatan.

Pada malam Khamis di sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat BN, dia menjawab pertuduhan. Tetapi, bukanlah jawapan “tidak benar” seperti yang dinanti-nanti, Najib tidak memberi sebarang pencerahan mahupun berterus-terang akan skandal SD-SD atau akuan-akuan bersumpah.
“Tidak benar. (Deepak) bukanlah orang yang mempunyai kredibiliti. Ini bukanlah satu isu,” Najib yang nyata lesu dan sedikit kurus memberitahu pemberita.

Tidak ramai percaya pada SD2 tetapi semua mahukan SD1 disiasat pihak berkuasa


SD pertama yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balakrishnan telah mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya Shariibu
Altantuya merupakan penterjemah bagi rakan karib Najib, Razak Baginda yang juga telah dituduh menjadi proksinya dalam meraih sejumlah RM 570 juta atau 114 juta euro wang haram dari firma Perancis DCNS kerana membenarkan kerajaan Malaysia membeli dengan harga yang begitu tinggi iaitu RM 7.3 billion. Najib merupakan menteri pertahanan semasa pembelian itu dibuat pada tahun 2002.

Altantuya telah dibunuh oleh 2 bekas pengawal peribadi Najib di hutan yang terletak di Selangor dan mayatnya telah diletupkan dengan menggunakan bahan letupan C4 yang telah didapati dari pihak tentera. Kedua-dua bekas polis ini sedang menunggu rayuan bagi hukuman gantung sampai mati yang pada masa yang sama tidak disambut baik oleh rakyat kerana mereka dan juga keluarga si mati percaya dalangnya yang juga pembunuh sebenar masih bebas.

Apabila SD pertama dikeluarkan, rakyat begitu terkejut dan ini mengugat Najib untuk menamatkan peluangnya untuk menjawat jawatan tertinggi negara. Pada masa itu, dia merupakan timbalan perdana menteri yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan dari Abdullah Badawi. Pada masa itulah, menurut Deepak, Rosmah telah memanggilnya untuk membantu dalam penarikan semula SD yang pertama. Walaupun tindakan itu tidak mempunyai implikasi undang-undang, dan tidak membawa sebarang perubahan pada SD pertama walaupun yang kedua telah dikeluarkan dalam tempoh 24 jam oleh Bala dengan menarik semula apa yang dikeluarkannya dalam yang pertama yang membabitkan Najib dan pasangannya. Namun, SD yang kedua membolehkan Najib dan Rosmah mengisytiharkan diri mereka tidak bersalah dan hanya mangsa fitnah Bala semata-mata.

Walaupun demikian, SD yang kedua tidak berjaya menyakinkan rakyat Malaysia kerana begitu banyak perkara yang tidak kena dan juga tidak boleh diperjelaskan. Bala sudah menghilangkan diri dari negara, pendedahannya bahawa dia telah ditawarkan RM 5 juta untuk meninggalkan Malaysia oleh adik Najib, Nazim yang merupakan seorang arkitek telah meninggalkan persoalan pada integriti Najib.

Jika tiada api, masakan ada asap - Rafizi


Kegagalan Najib untuk mengekalkan hubungan baik dengan Deepak telah sekali lagi memburukkan nama mereka suami isteri. Deepak telah menyokong dakwaan Bala bahawa Nazim telah menawarkan wang dan kemudian mendedahkan bahawa peguam terkemuka Cecil Abraham dan anaknya Suresh telah membantu dalam merangka SD yang kedua, satu tindakan, menurut pakar undang-undang, adalah menyalahi undang-undang.

Dalam pada itu, pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang telah menawarkan pertolongan kepada Deepak atas usahanya memberi maklumat tentang korupsi peringakat atasan menegur Najib dan Rosmah kerana tidak berterus terang akan perkara itu dan memanjangkan skandal yang disifatkan Rafizi sangat penting bagi rakyat Malaysia kerana ia berkenaan integriti pejabat perdana menteri.

Kenapa perkara tidak baik ini sentiasa berubah-ubah adalah kerana rakyat tidak puas hati akan sejauh mana kebenarannya dan fakta penuh telah dikemukakan. Mereka merasakan bahawa keadilan tidak dilakukan. Jika Najib dan Rosmah tidak bersalah, mereka sepatutnya dengan serta merta menyaman Deepak. Ambillah contoh dari ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, saman jika anda percaya bahawa diri anda difitnah atau dimalukan. Faktanya, jika anda tidak berani menyaman, orang akan kata, kalau tak ada api, masakan ada asap?” kata Rafizi kepada Malaysia Chronicle.

Kegagalan Najib memberi penjelasan yang baik memberi peluang baik pada Muhyiddin-Mahathir


Dengan pilihanraya umum negara yang semakin dekat, tiada pihak yang berani mengambil risiko. Namun, kegagalan Najib untuk menidakkan dakwaan Deepak akan melemahkan partinya. Kegagalannya untuk membidas skandal itu menjadikannya mangsa mudah bagi musuh dalam Umno untuk mengeluarkannya.


Ketidak selesaan Najib begitu nyata melalui tindakannya menundakan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum. Pengkritiknya melihat tindakan melambat-lambatkan pilihanraya umum ke-13 adalah kerana kurang keyakinan diri.

Namun begitu, walaupun tidak mahu memberitahu tarikh sebenar PRU ke-13, ada kemungkinan besar Najib akan membubarkan Parlimen pada bulan depan, untuk menyekat rancangan pesaingnya dalam parti sendiri, termasuk timbalannya, Muhyiddin Yassin dan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang mahu menggugurkannya supaya peluang Umno dalam pilihanraya menjadi cerah.
Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: