Selasa, 29 Januari 2013

Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?

Staff Berita Semasa
William Yau Mati Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?

Comel budaknya. Tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi William Yau Zhen Zhong (6 tahun), apabila ditemui mati dalam keadaan reput di Kampung Sungai Sireh berhampiran sebuah jeti di Pelabuhan Klang. Pelik? Bagaimana tubuh William Yau boleh tercampak jauh sejauh itu? 

Terkini, Ketua Polis Subang mengesahkan selepas keterangan 30 saksi, budak yang hilang iaitu William Yau mengalami gangguan fizikal dan mental selain masalah tekanan. Mangsa juga sering dipukul dan dimarahi ibu-bapa.

LIHAT VIDEO DI SINI

Gambar William Yau Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?  

Kroniknye juga kes William Yau Zhen Zhong ini. Seawal umur 6 tahun sudah ada tanda gangguan mental dek kerana deraan ibubapa sendiri.

Kami benar-benar tidak sangka kes William Yau ini boleh pergi ke tahap seperti ini.

Sebenarnya, ada sedikit kesangsian yang kami perhatikan di awal-awal berita kehilangan William Yau ini di mana terdapat 3 kesan parut iaitu kesan luka di dahi, di kepala ada dua parut.

Kes William Yau  Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?

Nah…sekarang apa pandangan ahli politik seperti Lim Kit Siang? Masih lagi dengan pendirian yang sama? Ehem….

Ibu Bapa William Yau Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?

Kronologi Misteri Kes William Yau

Semacam pelik pula meneliti kronologi kes William Yau Zhen Zhong ini.
  1. Rumah di sekitar Shah Alam Selangor.
  2. Pergi makan di sekitar Puchong
  3. Akhir sekali, ibubapa William Yau ini pergi ke Putra Heights untuk melihat mesan baju.
  4. Tinggalkan 3 orang anak kecil di dalam kereta? Tinggalkan anak kecil sendiri? Jenis ibubapa apakah ini?
  5. Setakat ini tiada saksi yang nampak kelibat William Yau, hatta penjual burger berdekatan dengan kedai yang dikunjungi oleh ibubapa William Yau ini
  6. Namum apabila diperiksa, tiada longkang besar berhampiran kedai elektronik di Putra Heights. Hakikatnya, longkang terdekat terletak di Kampung Bukit Lanchong (tidak jauh daripada tebing Sungai Klang) iaitu jarak 2km kedai elektronik tersebut
Misteri William Yau Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?

P/S : Jikalau dakwaan kes penderaan kes William Yau Zhen Zhong ini memang benar-benar wujud, adakah tragedi seperti ini telah pun dirancang daripada mula ataupun memang benar secara kebetulan?

Tiada ulasan: