PULAU PINANG:
Selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, Mursyidul Am PAS
Tuan Guru Datuk Nik Aziz bertemu pula dengan Bishop Pulau Pinang,
Sebastian Francis di hotelnya dekat sini. Di majlis itu, Francis
Sebastian telah memberikan sebuah kek sempena hari lahir Tuan Guru Nik
Aziz yang ke 82.
Pertemuan
ini tidak termasuk dalam jadual lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau
Pinang tetapi acara spontan ini memberi kesan mendalam kepada
keharmonian antara agama di negara ini.
Pertemuan
ini berlaku ketika masih panas ancaman yang dibuat Presiden Perkasa,
Datuk Ibrahim Ali agar Bible yang mempunyai perkataan Allah dibakar.
Ancaman ini dibuat Ibrahim ketika konvensyen Perkasa yang diadakan di Pulau Pinang juga.
Pertemuan dua tokoh agama yang berbeza ini telah meredakan ketegangan yang cuba dihangatkan oleh proksi Umno itu.
Sebelum ini, ketika mengulas saranan Ibrahim itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perkasa adalah proksi Umno.
Bishop
Francis berkata, negara memerlukan contoh semangat yang ditunjukkan
oleh Tuan Guru Nik Aziz, sentimen yang tidak akan disukai oleh Ibrahim
Ali dan penyokongnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan