Semasa
Himpunan Kebangkitan Rakyat sedang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu
lepas Najib juga mengadakan himpunan di Rinching dengan kaum India dan
masyarakat lain dengan membekalkan beras lima kg seorang. Dua
perhimpunan ini menampakkan perbezaan dan perbezaan itu menampakkan
jauhnya perselisihan ‘mentaliti’ dua puak yang berjuang dalam politik.
Rakyat khabarnya memberikan derma mengikut kemampuan masing-masing.
Kalau tidak banyak mereka akan menderma sedikit. Kata perpatah, ‘kalau
banyak tanda berada, jika sedikit tanda bersama’. Yang penting semua
yang berkemampuan memberikan sumbangan untuk mencapai matlamat
perjuangan sesebuah pertubuhan siasah untuk memerdekakan rakyat dan
negara dari cengkaman pemerintah yang selalu mengelirukan pemikiran
rakyat. Rakyat sedar nilai-nilai buruk dalam ‘mentaliti’ rakyat
keseluruhan mesti di perbaikki.
Oleh kerana UMNO terlalu lama memerintah rakyat, pemikiran mereka
(rakyat) telah jauh di selewengkan oleh parti itu sehinggakan parti itu
mewujudkan ciri-ciri sebagai pembawa dalil-dalil hari hendak kiamat.
Pemikiran setengah rakyat telah dirosakkan sehinggakan yang baik di
katakan salah dan yang salah di katakan benar. Pihak yang baik di
ketepikan dan di pinggirkan sebaliknya yang jahat dan ternoda
bermaharajalela.
Yang nampak jelas melakukan maksiat rasuah bercakap dan berjanji untuk
membela rakyat semua kaum dan isu ini meruipakan isu yang sudah kita
dengar sejak puluhan tahun dahulu setiap kali pilihanraya tiba. Sekarang
mereka masih berjanji dan merayu untuk di berikan peluang untuk terus
berkuasa dengan mendapatkan mandat rakyat yang sedang dalam pencarian
itu. Amat payah untuk menerima janji-janji mereka yang rasuah untuk
berbuat baik kerana kerja rasuah ini merupakan kerja yang paling hina di
sisi agama dan Tuhan. Perasuah tidak mungkin mampu membuat keputusan
dengan baik, kerana setiap keputusan itu ada terselit kepentingan pihak
tertentu termasuk diri dan keluarga sendiri.
Tidak masuk kedalam akal yang berfikir, bagaimana yang rasuah dan
mencuri itu berjanji akan berbuat baik dan boleh diletakkan masa depan
kita serta generasi kita yang akan datang. Pemimpin yang telah dan masih
melakukan kerja yang tidak bertanggungjawab itu pergi keseluruh negara
menjanjikan rakyat masa depan yang cerah dengan segala teori
transformasi dalam semua bidang itu.
Pemimpin-pemimpin yang sedang bergelumang dengan segala noda rasuah
menggunakan wang dan harta rakyat dengan selamba mundar mandir
memberikan janji-janji yang kita selalu dengar sejak kita mula membuka
mata kita puluhan tahun dahulu. Itu lah sebabnya kita melihat kesedaran
rakyat tidak boleh di tutupi lagi dan manifestasi mereka terlihat dalam
himpunan kebangkitan rakyat yang mendapat sambutan ratusan ribu rakyat
itu.
Nun di Semenyih (Rinching) pemimpin terbesar BN telah berjumpa rakyat
memberikan 5 kg beras seorang seolah 5 kg itu boleh memberikan kehidupan
seumur hidup bagi rakyat yang rata-rata miskin itu. Kehadiran di
Rincing tidak ramai dan itu ada lah fakta jelas. Tetapi kalau ditanya
Rais Yatim di Rincing itu jumlah kehadiran lebih besar dari kehadiran di
Stadium Merdeka.
Bagi Rais Himpunan Rakyat di Stadium Merdeka itu hanyalah 30,000 orang
sahaja dan itu adalah tabiat beliau yang selalu memperbodohkan rakyat.
Mungkin beliau (Rais) berfikir hanya beliau sahaja yang pernah ke
sekolah dan yang lain tidak tahu mengira dan mengagak yang mana yang
ramai dan yang mana yang tidak ramai. Bagi saya ibu saya yang miskin pun
telah menghantar saya kesekolah juga sikit-sikit.
Itulah sebabnya saya sekarang ini boleh lah membaca sikit-sikit dan
menulis sikit-sikit. Kalau setakat mengira kehadiran itu masih boleh
saya lakukan. Itu sebabnya saya tahu yang hadir memberikan sokongan di
Stadium Negara itu melebihi setengah juta rakyat dan dari berbilang kaum
pula.
Apa yang menyedihkan apa bila Perdana Menteri datang ke sesuatu tempat
dan daerah beliau amat bergembira melihat rakyat berebut-rebut di tepi
lori yang membawa beras dan sebenarnya itulah cara UMNO mendapatkan undi
selama ini. Itulah sebabnya ramai di antara rakyat memberikan pandangan
yang agak ‘conclusive’, UMNO akan kekal berkuasa selagi rakyat masih
miskin kerana kemiskinan rakyat itulah di jadikan umpan untuk
mendapatkan undi dalam setiap pilihanraya.
Apa yang berlaku di Rincing, Semenyih itu adalah simbolik kepada sikap
UMNO yang sebenarnya. Berikan beras 5 kg kepada yang miskin UMNO akan
mendapat sokongan dan terus bermaharajalela. Undi hanya bernilai 5 kg
beras sahaja nampaknya. Cara UMNO mengambil hati rakyat ialah dengan
memberikan bantuan dengan 5 kg beras samalah seperti memberikan bantuan
mangsa banjir sahaja. Kita tidak nampak bagaimana gulungan ini akan
menambah pendapatan untuk mencecah USD15 ribu setahun menjelang 2020
nanti. Tidak ada sesiapa yang mempunyai sedikit keupayaan untuk berfikir
yang gulungan ini akan mencapai matlamat berpendapatan USD15 ribu
setahun itu.
Peningkatan pendapatan ketahap itu tidak boleh di capai dengan hanya
memberikan bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) dan pembahagian beras yang 5
kg itu. Pendapatan sebanyak yang di cita-citakan itu tidak akan dapat
di capai dengan bayaran ‘one off’ sebanyak RM1000 kepada bekas tentera
yang tidak berpencen dan memberikan bantuan RM100 kepada kanak-kanak
sekolah.
Saya tidak tahu samada saya masih hidup lagi pada tahun 2020 nanti,
tetapi saya tahu sesiapa yang masih hidup dalam tahun itu nescaya akan
melihat kegagalan cita-cita itu.
Semalam Najib berkata BN perlukan mandat besar untuk menyelesaikan
masalah kaum India. Tetapi bukankah BN telah mendapat mandat sejak
negara merdeka. Kenapa kaum India masih tidak dapat di selesaikan?
Setiap kali pilihanraya BN telah di berikan mandat tetapi dengan
kenyataan beliau semalam, jelas merupakan pengakuan yang BN telah gagal
melakukan sesuatu terhadap kaum India.
Kalau selama 55 tahun memerintah kaum India masih ketinggalan seperti
yang di akui Najib itu apakah masih ada prospek kaum India untuk maju
jika masih memberikan mandat kepada pihak yang telah gagal melaksanakan
janji selama ini?
Elok kita bertanya kepada Najib, bagaimana kaum India hendak memberikan
keyakinan jika mereka (kaum India) tahu selama ini BN adalah parti yang
gagal terus-terusan untuk membela mereka. Kaum India sendiri akan
bertanya kaum Melayu pun jauh ketinggalan walaupun negara ini telah di
pimpin oleh orang Melayu sejak merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan