Roketkini.com
Kalau dibelek semula khabar berita yang dilaporkan pada Disember 2011, kita tentu jumpa penafian Dr Mahathir berkenaan pembabitan beliau dalam Projek IC. Katanya, namanya telah digunakan dalam projek itu tapi menafikan terbabit. Mungkin sebab itu Projek IC ada nama julukan lain yang lebih bergaya, Projek M. M untuk Mahathir.
Tahun pun berlalu, RCI pun bermula. Daripada keterangan orang yang terbabit dengan Projek IC, beberapa nama yang naik dengan cemerlang. Antaranya Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Juga nama Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin yang ketika itu adalah Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir.
Secara tiba-tiba Dr Mahathir kata memang beliau ada memberi kewarganegaraan tetapi mengikut undang-undang. Tidak cukup dengan itu, dituduhnya pula almarhum Tunku Abdul Rahman melakukan sesuatu lebih teruk daripadanya. Difitnahnya Tunku beri kerakyatan kepada sejuta orang yang tidak layak sebelum kemerderkaan!
Berbelit-belit putarnya. Seperti doktor yang dituduh jual ubat secara haram, mula-mula dikatakan tidak terbabit. Kemudian setelah hampir terjerat dikatakan pula ubat itu dijual mengikut undang-undang. Akhir sekali dituduh pembekal ubat yang sudah lama meninggal dunia. Seperti cuba menyembunyikan bangkai gajah dengan senaskah akhbar Utusan.
Kita tak pasti apa pula selepas ini. Kalau Bapa Kemerdekaan yang sudah tiada pun boleh diheret ke dalam polemik ini. Segalanya mungkin. Maaf tersilap guna peribahasa, bukan cacing kepanasan tetapi ular kepanasan. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan