KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar)
mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawan
pembangkang dengan cara yang lebih terdidik dan demokratik.
Bagi
beliau, dengan pilihan raya yang sudah sangat dekat, Najib patut
melawan pembangkang dengan berdepan dengan mereka dalam isu-isu yang
dibangkitkan.
Bagi beliau, BN mempunyai pakar-pakar ekonomi, agama dan penerangan yang hebat untuk berlawan dengan Pakatan Rakyat.
“Bila
Datuk Seri Anwar sedang memperhalusi semula erti Merdeka di depan
100,000 peserta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat, PM sibuk dengan
memberi pelbagai habuan, kali ini di Semenyih,” tulis Zaid dalam
blognya.
“Apa yang menghairankan saya adalah, kenapa dia tidak bangun dan melawan pembangkang dengan membahaskan isu,” kata Zaid.
Bagi beliau, Najib sepatutnya mengarahkan para pendebatnya berlawan dengan mereka.
“Dia
patut arahkan menteri yang menguruskan hal ehwal agama menyatakan
sikapnya dalam isu nama Allah, bandingkan dengan pendirian Anwar
Ibrahim, dan debatkan isu itu keseluruhannya.
“PM mempunyai pasukan penasihat yang baik dalam isu ekonomi.
“Dan jika
tidak cukup bawa sekali Tun Dr Mahathir untuk membantu beliau berdebat
dengan Anwar dalam pelbagai isu ekonomi,” kata Zaid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan