Jumaat, 11 Januari 2013

Md Isa: Khidmat bakti Mubarak diperlukan bantu BN dapat mandat PRU 13

SINAR HARIAN
Md Isa Sabu
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu
 
KANGAR - Khidmat bakti anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) diperlukan untuk membantu Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata walaupun tidak lagi menjadi wakil rakyat namun mereka masih berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat setempat.

"Dengan pengaruh yang ada, mereka sudah pasti berkeupayaan meyakinkan rakyat untuk memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada calon-calon BN," katanya pada perasmian mesyuarat agung Mubarak Cawangan Perlis ke-10 di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan setiausaha politiknya, Azali Abas.

Menteri Besar berkata sebagai seorang ahli politik, khidmat bakti mereka kepada parti, bangsa, agama dan negara akan tetap berterusan hingga ke akhir hayat.

Yang Dipertua Mubarak Perlis Datuk Selamat Saad dalam ucapannya memberi jaminan pihaknya akan membantu calon-calon BN pada PRU-13 kerana ia merupakan satu tanggungjawab.

"Bagaimanapun kami tidak mahu "lebih laju daripada lajak" kerana kami akan berbuat demikian sekiranya menerima pelawaan daripada parti dan kepimpinan negeri," katanya.- Bernama

Tiada ulasan: