Khamis, 3 Januari 2013

Hadi mahu rakyat turun perhimpunan 12 Januari

 
Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13. 



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Awang meminta rakyat turun ke perhimpunan kebangkitan di Stadium Merdeka 12 Januari ini.

Dalam blog rasmi parti, Presiden PAS itu berkata:

“Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong PAS khususnya di semua peringkat untuk turun memberi sokongan kepada himpunan ini.

“Dalam masa yang sama, kerjasama semua pihak penting bagi memastikan himpunan berjalan dengan aman dan para peserta mesti mengekalkan disiplin yang tinggi sebagaimana biasanya,” tegasnya sebagaimana di siarkan Harakah.

Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13.

“Kedatangan tahun 2013 merupakan satu debaran bagi rakyat Malaysia kerana pada tahun ini, mahu atau tidak mahu, PRU13 pasti diadakan.

“Memilih kerajaan dalam menentukan masa depan negara dan rakyat menjadi tanggungjawab besar agar negara selamat dan nasib rakyat terbela,” tambah bekas Menteri Besar Terengganu itu.

Tiada ulasan: