Rabu, 23 Januari 2013

Guan Eng minta polis pertingkat kawalan



 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta polis meningkatkan kawalan keselamatan bagi menghadapi 'festival bakar Injil' yang didakwa dirancang untuk diadakan pada hari Ahad ini di Pulau Pinang.

"Kita melihat perkara ini dengan serius. Kami berbincang di peringkat mesyuarat exco hari ini," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau memaklumkan perkara itu kepada ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan meminta untuk meningkatkan kawalan keselamatan.

Tambahnya, Majlis Perbandaran Seberang Perai juga diminta untuk menghalang acara seumpama itu diadakan di padang Bagan Luar di Butterworth.

Tiada ulasan: