Isnin, 7 Januari 2013

Debaran 'Sonamu'; Amaran Kecemasan Telah DiAktifkan!

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/sonamu.jpgEditor BULETIN

KUALA TERENGGANU - Ribut Tropika 'Sonamu' dilaporkan laman sesawang 'Global Disaster Alert and Coordination System' (GDACS) akan melanda pantai Timur Semenanjung malaysia pada 6.00 GMT pada Selasa 8 Januari.

Data yang dibekalkan bersama oleh Pusat Amaran Ribut Angkatan Laut dan Udara Amerika Syarikat yang mencadangkan Sonamu akan mendarat di kedudukan 6.3 N,103.3 E.

Namun begitu kenyataan pada hari Sabtu 5 Januari Majlis Keselamatan Negara, yang diterbitkan akhbar The Sun meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah bermula semalam (Ahad) sehingga Rabu.

[Gambar Kanan - Imej satelit yang dirakam memaparkan pergerakan Sonamu (awan tebal puti) yang bergerak dari Vietnam menuju Laut China Selatan yang dijangka melanda Pantai Timur Semananjung pada pagi 8 Januari]


Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir harus berwaspada amaran hujan lebat dan perlu membuat persediaan awal bagi kemungkinan banjir dan orang ramai harus menurut perintah daripada pihak berkuasa untuk mengosongkan rumah mereka.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah akan berterusan sehingga Rabu.

Laman webnya telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/storm-sonamu.jpg
Susulan itu, Buletinonline dimaklumkan satu berita yang agak tergempar apabila pihak Hospital Sultanah NurZahirah di sini telah memindahkan ubat-ubatan ke tingkat atas bagi menghadapi risiko ribut tersebut.

Menurut sumber dalaman itu, hospital turut mengarahkan pesakit-pesakit yang 'ringan' dan yang tidak melibatkan 'wayar' pulang ke umah masing-masing.

Sehubungan itu, seorang pengamal perubatan telah mengesahkan mendapat pesanan ringkas dari pihak Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian yang turut meminta semua pihak berjaga-jaga.

[Gambar kiiri - Ilustrasi yang melukiskan pergerakan Sonamu ]


"harap semua bersedia. 'Meeting' telah (dibuat) diperingkat MKN (Majlis Keselamatan Negara). 'Emergency response' di east cost(inner ring) activated already today (Amaran Kecemasan telah diaktifkan hari ini untuk Pantai Timur).

"Banyakkan doa semoga semua ok. Cuti 'emergency staff' dibekukan,"sebagaimana yang dipetik dari pesanan ringkas itu.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz azman Shapawi Abdul Rani, beliau juga diberitahu oleh anaknya yang bersekolah di Batu Rakit, satu persiapan berjaga-jaga teah diambil pihak pihak sekolah.

"Anak saya di Batu rakit telefon, Cikgu arah kemas barang untuk pindah ke tingkat tiga (asrama), dijangka 9akan berlaku) banjir besar,"respon beliau pada Ahad malam 6 Januari.

Tiada ulasan: