Isnin, 7 Januari 2013
Zahid Hamidi Perlu Tiru Nik Aziz
MSO
"Seekor" Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya mengambil tanggungjawab berani dan telus seperti mana Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat lakukan, iaitu sedia membuka pintu pejabatnya selama 25 jam kepada Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa-apa saja yang diragui berlaku penyelewengan dalam kerajaan Kelantan.
Kalau Nik Aziz berani dan tulus membuka pintu pejabatnya maka Zahid juga perlu berani dan tulus membuka gate Kementah.
Zahid tidak perlu bersikap nampak kuman diseberapa laut tetapi 'buta rengga' mengenai gajah di tepi mata. Gesaan Zahid supaya Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas sebenarnya tidak perlu dan tidak termasuk dalam buku log yang perlu disegerakan.
Zahid tidak perlu pun concern terhadap perkara itu dengan meninggalkan perkara-perkara atau kerja lain yang berada di bawahnya yang banyak belum selesai. Beliau perlu utamakan ialah di sekitar kementeriannya.
Perkara ditimbulkan Zahid itu adalah perkara remeh dan ia tiak ada kena mengena dengan kepentingan negara pun. Ia juga tidak dapat memberi benefit besar kepada UBN di dalam pilihan raya. Rakyat tidak merasa apa-apa dengan kesalahan teknik didalam parti Cina DAP itu.
Sebaliknya apa yang perlu diutamakan Zahid ialah menyelesaikan isu yang ada dalam 'pinggan mangkuk makannya' sendiri. Banyak isu atau pun tragedi yang terbunting dalam Kementerian Pertahanan (KP). Paling baru ialah apa yang didedahkan oleh taukeh karpet, Deepak Jaikishan mengenai campur tangan KP dalam pembelian dan penjualan saham Deepak dalam syarikatnya Astagacanggih Sdn. Bhd.
Baru-baru ini Deepak mendedahkan bagaimana beliau diarah oleh KP supaya menjual saham miliknya dalam syarikat itu untuk menampung kewangan dalam pembelian tanah yang ada kaitan dengan pemimpin betina Umno.
Penjulana itu kurang disenangi oleh Deepak semacam ada paksaan. Urusniaga itu juga telah memberi keuntungan kepada kroni Umno. Selain itu dalam proses pembelian itu juga seolah ianya telah menggunakan wang bekas pesara tentera dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk kepentingan pihak tertentu. Penggunaan wang LTAT itu tanpa 'kelulusan' penyimpannya tidakkah ia satu penyelewengan besar?
Perkara ini dulu yang perlu diutamakan oleh Zahid. Sebagai menteri bertanggungjawab Zahid harus clearkan kedudukan atau peranan LTAT yang ada hubung kait dengan tanggungjawab sebagai menteri pemantau. Sebelum Zahid mahu bersihkan laman rumah orang dia kena bersihkan halaman rumah tangganya sendiri dulu. Betapa pun Zahid ikhlas dalam perkara itu tetapi orang nampak beliau munafik kerana keadaan kotor dalam rumahnya sendiri gagal dibersihkan. Apa lagi kalau kotor itu sampai peringkat nais mughalazah.
Sebenarnya bukan itu saja yang perlu diberikan tumpuan oleh Zahid. Berbagai isu lagi yang boleh menjejaskan integriti kementerianya dan reputasi dirinya sendiri yang boleh dipersoalkan. Misalnya pembelian peralatan perang seperti kapal selem, (Scorpene) kereta kebal, kehilangan injin jet sebelum ini dan lain-lain menjadi persoalan. Kenapa Zahid tidak menumpukan untuk menyelesaikan perkara ini dan tidak obses sangat kepada soal-soal membersihkan perkara itu dengan mempelawa SPRM masuk ke Kementah?
Tindakan Zahid mendedak ROS agar menyiasat DAP itu dilihat sebagai songsang. Kerana sikap soangsang dilakukan Zahid inilah menyebabkan orang ramai konfis dan kecewa dengan Zahid. Apakah dia diletak di kementerian itu untuk mengawal kementerian itu sebagai sebuah kementerian yang terehebat dan sifit dari sebarang penyelewengan kerana kementerian itu harus menjadi sebuah kementerian terbersih, atau sebaliknya.
Dari sudut itu Zahid gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. Disebabkan itu maka orang membuat kesimpulan mudah Zahid di KP bukan berfikir dan mencari idea-idea macam mana hendak memperkuatkan pertahanan negara sebaliknya semacam hendak mempertahanankan kedudukan dan kekuasaan Najib Razak serta sekali lagi menutup kesalahan Najib di KP itu.
Satu demi satu isu yang bangkit dari kementerian itu menyusahkan Zahid dan menjadikan dia sebagai pengandang biawak hidup milik Najib. Kalau dikira semua isu-isu yang timbul di kementerian itu ia menetas di zaman Najib menjadi menterianya. Apakah Zahid sudah terjerat dengan Najib maka beliau tidak dapat menjengukkan kepala dan akur atas apa saja arahan atau mempolotkan dia dengan najis?
Zahid masa ada peluang untuk membaiki keadaan. Beliau tidak perlu menumpukan pemikirannya untuk memburukkan parti-parti Pakatan Rakyat, sebaliknya kena membuat kerja yang ditugaskan ke atas bahunya sebagai menteri pertahanan. Kerja-kerja memburukan parti Pakatan Rakyat dan pemimpinnya serah kepada Ahmad Maslan, Khairu Jamaluddin yang tidak ada kerja itu ataupun swastakan sepenuhnya kepada beberapa ekor ahli parlimen yang lompat parti.
Bayar dan upah mereka, tahulah mereka membuatnya. Para ahli lompat ini seakan kekeringan idea dan kehabis isu untuk membantu UBN. Sayanglah kalau Zahid tidak memahami harapan dan impian rakyat yang disandarkan kepadanya. Beliau yang berlatar belakangkan pendidikan Islam tidak seharusnya bersubahat dengan kejahatan dan kebejatan. Biarlah ada 'gundal' di dalam Umno orang baik dan bersyaksiah seprti Zahid.
Beliau patut menjadi pengislah di dalam Umno dengan peranan utamannya menyelesaikan kes-kes seperti ditinggalkan oleh Najib dalam KP itu.
Selepas ini kita mahu dengar Zahid menjemput SPRM menyiasat berhubung skandal Scorpene, projek Puspahas, pemberian tander pembelian peralatan perang dan sebagainya. Kalau Zahid tidak bersedia meniru langkah diambil Nik Aziz eloklah Zahid berhenti sebagai menteri. Lebih baik kita tidak berjawatan daripada kita disumpah dan dicemuh sepanjang masa bermula dari Januari hingga ke Disember
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan