Jumaat, 11 Januari 2013

Ayuh wanita lakukan perubahan – Abby

DETIK DAILY

KUALA LUMPUR: Bekas pelakon Gerak Khas, Abby Abadi menyeru seluruh kaum wanita di Malaysia khasnya wanita Melayu untuk sama-sama melakar perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka akan berjalan tidak lama lagi.

Perubahan harus dilakukan untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus diperintah oleh parti yang tidak memberi keadilan dan menindas rakyat, katanya. Sebagai seorang bekas penggiat seni dan memiliki peminat, beliau tidak mahu rakyat terus bersekongkol dengan kerajaan Umno-BN yang membina minda masyarakat untuk menolak Islam secara halus.

Beliau yang ditemui pada 8 Januari lalu berkata, sejak dahulu rakyat Malaysia dimomokkan dengan fahaman yang salah iaitu memisahkan antara agama dan politik.

Malah kata beliau, kaum wanita di Malaysia terus hanyut dengan politik sempit Umno-BN yang tidak mendaulatkan Islam. Tambah beliau, dogma itu menyebabkan rakyat tidak melihat Islam secara keseluruhan sebagai amalan hidup dan tidak memperjuangkan Islam yang sebenar di Malaysia.

Akhirnya kata beliau, apa yang berlaku rakyat hidup dengan mengambil Islam secara ‘suku-suku’ yang menyebabkan runtuhnya akhlak dan moral.

Begitu juga dalam dunia seni, masyarakat artis sebelum ini didogmakan dengan fahaman kononnya PAS sesat. Namun, setelah beliau menyertai PAS selepas perubahan berlaku dalam hidupnya, beliau melihat bahawa tanggapan itu sangat menyimpang.

Lebih dari itu, Umno-BN sendirilah sebenarnya yang merosakkan Islam dengan memutarbelitkan fakta yang sebenar dengan menggunakan media-- media milik mereka.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kaum wanita di Malaysia ini melakar perubahan pada PRU13 dengan memilih kerajaan baharu Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: