SABAH KINI |
|
ROBOH ......Pelantar roboh di Kg Gelam-Gelam berikutan bangunan lama roboh pada Disember lalu dan belum dibaiki lagi.
SEMPORNA:
Para pengusaha rumpai laut di Kg Gelam-Gelam, di sini, memerlukan
bangunan pelantar (jemuran rumpai laut) yang baru memandangkan bangunan
yang lama telah roboh pada Disember tahun lalu.
Menurut Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Gelam-Gelam, Usman Abdul
Kata, pihak pemaju telah membina bangunan pelantar berkenaan pada tahun
2010 atas kelulusan Jabatan Perikanan negeri.
Namun, katanya, dipercayai pihak pemaju tidak mengikut arahan kerja sebagaimana yang disediakan oleh Jabatan Perikanan.
Setelah
pelantar berkenaan roboh pada awal pagi 24 Disember 2012, jam 9.30
pagi, beliau telah membuat laporan polis bagi memudahkan pihaknya
membawa perkara itu kepada jabatan berkenaan.
”Saya
menghubungi pejabat perikanan untuk melaporkan kes terbabit berserta
gambar dan laporan polis, supaya bangunan itu dapat dibina semula oleh
pihak Jabatan Perikanan,” katanya.
Bagaimanapun,
beliau amat kesal dengan jawapan yang diberikan oleh pihak perikanan
daerah yang mengarahkan supaya bangunan itu dibina menerusi
gotong-royong oleh penduduk kampung tanpa adanya kos dikeluarkan.
Usman
berkata, kos membina pelantar sebegitu panjang dan luas untuk dua
bangunan berkembar melibatkan kewangan banyak iaitu sekitar RM130,000.
Ia merangkumi rumah sepanjang 100 kaki dengan kelebaran 30 kaki manakala
pelantar selebar 50 kaki dan 200 kaki panjang.
Katanya,
bangunan itu amat berguna bagi orang kampung khususnya para penternak
rumpai laut untuk dijadikan tempat mengering dan memunggah rumpai yang
baru dituai dari laut.
Beliau
berkata jika pihak jabatan perikanan tidak membangunkan semula pelantar
yang sudah roboh itu mata pencarian penduduk akan terjejas disebabkan
tapak pengeringan amat sukar diperolehi.
Usman
merayu supaya pihak Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia dapat memberi perhatian serius demi untuk keperluan masyarakat
nelayan di kampung itu. (UB)
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan