Khamis, 17 Mei 2012

Zahida didakwa ‘curang’ dengan Shafie?

KL TODAY

 


Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

“Yang paling rendah sebanyak RM100,000… Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi,” katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

“Sepanjang tiga tahun saya bekerja sebagai pemandu, Shafie akan memberikan RM100,000 hingga RM200,000 setiap kali berjumpa. Mereka akan bertemu sebulan empat kali. Semua duit yang diberikan itu akan diberikan secara tunai.

“Saya adalah individu yang bertanggungjawab membawa Zahida ke hotel berlainan sekitar Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Datuk,” kata duda beranak dua itu.

Zahida didakwa ‘curang’ dengan Shafie

 

Mengimbas kembali tuduhan Zahida terhadapnya yang didakwa melarikan RM200,000 pada 29 Februari lalu, Azman (gambar kiri bersama Lathefa Koya)memberitahu, laporan polis yang dibuat terhadapnya itu palsu kerana tidak senang dengan tindakannya yang membongkarkan hubungan Zahida dengan seorang pemuda.

  “Sejak itu, saya semakin tidak selesa sehinggalah saya mengambil keputusan untuk berhenti kerana sudah penat berlakon untuk menutup hubungan mereka berdua.
 
“Saya tidak tahu bagaimana tuduhan Zahida itu boleh berlaku, saya juga tertekan untuk hadapi hidup penuh dengan pembohongan,” katanya.

Noor Azman juga mendakwa gangguan berlaku dalam pelbagai bentuk selepas beliau dilepaskan daripada tahanan reman pada pertengahan Mac lalu.

“Ada orang duduk di hadapan rumah (saya), orang masuk dalam rumah makcik dan barang hilang, ada kereta tunggu depan rumah pukul dua hingga empat pagi,”dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman – Dayangku Intan – rumahnya turut diganggu oleh individu yang tidak dikenali.

“Mereka datang jerit-jerit. Ia terus ada sehingga jam dua, tiga, empat pagi. Macam kita pelarian, macam orang bersalah,” katanya dengan nada kecewa.

Penyanyi terkenal era 80-an itu berkata kad pengenalan Noor Azman menggunakan alamat di rumahnya.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Shafie dan Zahida masing-masing menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka.

Dari mana Shafie dapat wang besar?

Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang turut serta dalam sidang media itu berkata, pihaknya tidak berminat dengan skandal, tetapi ingin penjelasan dari mana Shafei mendapat wang sebegitu besar untuk diberikan kepada Zahida.

“Selepas mengetahui kejadian ini, kami membawa Azman memberi kenyataan, kemudian beliau ditahan reman selama tiga hari.

“Apa yang mengejutkan, polis yang menyoal siasat Azman bukan Pegawai Penyiasat (IO), tetapi daripada Unit Khas (SB).

“Ini membuktikan ada campur tangan polis untuk menutup kes melibatkan Menteri,” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

7 ulasan:

mantera berkata...

belum tentu lagi mereka benar2 ada hubungan atau tidak.

mantera berkata...

setakat pendedahan mcm ini masih boleh disangkal. belum ada bukti kukuh pun.

Green Sabah berkata...

Zahida claims that she does not know Shafie Apdal. Sources from here:

http://sabahkinimirror.blogspot.com/2012/05/zahida-tolak-semua-dakwaan-noorazman.html

Green Sabah berkata...

I think its better to wait for the authorities to make the investigation before making more speculation regarding this case.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Apa perkembangan terbaru skandal ini?

Tanpa Nama berkata...

Skandal ini sengaja dihangatkan bila PRU semakin hampir.

Sotong Kurita berkata...

mesti si Azman ni pun pandai berlakon.. pandai dia buat jalan cerita.. kalau betullah dakwaan dia, kenapa tidak ada bukti lain seperti gambar mereka berdua atau resit hotel dan sebagainya yang boleh dijadikan bukti berkenaan dengan hubungan intim mereka??