Ketika ini harga minyak dunia menunjukkan trend menurun.
Sudah beberapa kali harga minyak dunia mengalami penurunan harga tetapi
yang menjadi persoalan kami ketika ini bilakah masa dan ketikanya
kerajaan bertindak menurunkan harga minyak RON97 seperti masa kerajaan
sendiri yang memberikan ketetapkan mahu mengapungkan harga minyak
mengikut pasaran semasa?
Harga minyak dunia turun sejak April
2012 sehinggalah Mei 2012 tetapi harga minyak RON97 masih tetap “utuh”
dan dilihat “sukar” untuk diturunkan oleh pihak kerajaan sebaliknya
hanya berita kenaikan harga minyak RON97 yang didengar setakat ini.(naik 10 sen lagi) yang kedengaran oleh rakyat Malaysia.
Minyak mentah jenis West Texas
Intermediate @Light Sweet Crude oil (yang diperdagangkan di AS) turun
sebanyak 0.14 peratus menjadikannya US$90.72 setong ketika ini.
Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London)
pula turun sebanyak 0.13 % kepada US$106.80 setong. Malah, penurunan
harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika
Syarikat.
P/S : Diharap kerajaan mempertimbangkan
untuk mengkaji semula harga minyak RON97 dan ditetapkan berdasarkan
harga semasa dunia ketika ini. Jika harga minyak RON97 boleh dinaikkan
dengan kadar segera tanpa notis awal ketika harga minyak dunia melambung
tinggi, mengapa tidak “budaya” tersebut diaplikasikan sama kepada
ketika harga minyak dunia mula menurun. Apa respon anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan