"Tidak berasas. Tujuh belas tahun dulu. Baca buku Datuk Shafee Yahaya, bekas Ketua Pengarah BPR," kata Azmin dalam mesej Twitter hari ini.
Ketika itu Azmin merupakan Setiausaha Sulit kepada Anwar.
Menjawab soalan pengikut akaun Twitternya hari ini, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, tuduhan yang dibawa adalah kerana beliau melawan Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) yang memerintah Kerajaan Pusat.
"Saya hanya insan kerdil. Dosa saya ialah saya lawan Umno," katanya.
Dalam satu mesej Twitter lewat semalam, Azmin berkata, "Persetankan mereka. Nabi Musa dan Nabi Yusuf juga difitnah. Saya manusia kerdil. Pohon kekuatan dari ALLAH SWT."
Ia adalah pendedahan dibuat oleh pihak yang berkenalan dengan Azmin sejak kebelakangan ini.
Pendedahan yang sama dibuat oleh bekas pemimpin-pemimpin PKR terhadap Azmin dan Anwar.
Awal bulan ini, rakaman video seks, didakwa Azmin, didedahkan oleh beberapa portal.
Azmin menafikan perkara itu dan mengambil tindakan ke atas sebuah akhbar harian.
Laporan media memetik portal Raja Petra berkata, Anwar mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Azmin ditutup ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Raja Petra mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu bil tindakan lanjut (NFA) ke atas Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwanya.
Malah menurut Raja Petra, maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai kanan BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM) yang menyerahkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi itu di London bulan lalu.
Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen berkenaan, BPR mempunyai bukti jelas Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.
Semua urus niaga yang disah dan diperakui bank adalah antara beratus-ratus fail dokumen yang diserahkan pegawai SPRM itu selain laporan polis dan siasatan, penyata akaun dan bank, salinan cek, baucer dan nota kontrak.
“Saya mesti nyatakan bahawa kandungan fail yang tebal itu mengambil masa cukup lama untuk dibaca dan difahami, bukan saja sangat menarik tetapi memberi kesan yang sangat buruk kepada Anwar dan Azmin," kata Raja Petra dalam portalnya.
“Dalam fail itu juga menyatakan Azmin menerima RM15,000 sebulan daripada seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar Tan Sri dan perkara itu masih berlaku.
“Paling penting adalah bagaimana Anwar meminta kes itu ditutup sedangkan BPR mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwa Azmin,” kata Raja Petra.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan