Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, Low Soon Cheng, 87, didatangi dua lelaki tidak dikenali memanjat pagar rumahnya dan mencekiknya serta menolaknya ketika dia sedang sibuk mengelap pintu dan tingkap rumah.
Menurutnya, sebelum itu, dua lelaki tersebut mendakwa diarahkan anak lelakinya untuk memperbaiki paip air yang rosak.
“Saya yang curiga dengan kata-kata dua lelaki itu dan terus berlari untuk menyelamatkan diri.
Namun mereka sempat menarik saya masuk ke dalam rumah.
“Kemudian salah seorang daripada lelaki itu mencekik dan cuba memukul muka saya. Tetapi saya bernasib baik kerana sempat mengelak,” katanya ketika ditemui semalam.
Soon Cheng berkata, lelaki itu berjaya merampas dompet berisi wang tunai RM1,800 dan MyKad dari poket seluarnya.
“Mereka terus memanjat pagar dan melarikan diri ke arah jalan besar sebelum hilang dari pandangan mata.
“Malangnya, saya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu menjerit meminta tolong daripada jiran berhampiran,” katanya.
Tambahnya, sepanjang 60 tahun tinggal di kawasan perkampungan tersebut insiden itu pertama kali berlaku ke atas dirinya.
“Malah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 yang diterima pada minggu lepas turut dilarikan penjenayah tersebut,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga Bercham, Tan Swee Kong berkata, dia akan meminta bantuan pihak polis untuk melakukan rondaan kerap di kawasan kampung berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan