PKR
mendedahkan laporan Boston Consulting Group (BCG) mengenai kaji
selidik yang jelas menunjukkan rancangan penyenaraian Felda Global
Ventures Holdings Berhad (FGVHB) mendapat bantahan daripada pihak
pengurusan tertinggi Felda.Menurut Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli
kaji selidik yang melibatkan 30 ahli pengurusan tertinggi Felda itu
menunjukkan lebih separuh (55 peratus) ahli pengurusan Felda tidak
bersedia manakala 20 peratus sahaja menyokong penyenaraian tersebut.
Rafizi
mendakwa 65 peratus daripada pengurusan tertinggi Felda percaya
bahawa proses penyenaraian ini akan menemui kegagalan memandangkan
Felda masih belum bersedia.
Ujar
beliau, adalah menjadi tanggungjawab Perdana Menteri (Datuk Seri Najib
Tun Razak) dan Pengerusi Felda (Tan Sri Mohd Isa Samad) memberi
penjelasan mengapa pandangan dan bantahan pengurusan tertinggi Felda
ini tidak diambil kira.
Pada 18 Oktober 2011 pengurusan FGVHB telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyenaraian Ketiga yang dipengerusikan Isa.
Antara
lainnya, mesyuarat tersebut membincangkan kesediaan pengurusan Felda
dan pandangan mereka mengenai penyenaraian FGVHB dan penstrukturan
semula organisasi yang akan berlaku berikutan penyenaraian tersebut.
“Pendedahan
ini mengesahkan bahawa proses penyenaraian yang cuba dilakukan
Barisan Nasional (BN) mendapat tentangan hebat daripada kalangan
pimpinan tertinggi Felda sendiri.
“Ini memberi gambaran bahawa mereka yang lebih arif dan mengikuti proses dalaman sepanjang keputusan menyenaraikan Felda berpandangan penyenaraian ini lebih membawa keburukan daripada kebaikan kepada Felda dan peneroka.
“Bantahan
daripada pengurusan tertinggi Felda ini akan menyulitkan proses
penyenaraian dan membawa risiko bahawa ia akan gagal kerana tidak
mendapat kerjasama kakitangan Felda,” katanya dalam sidang media di Ibu
Pejabat PKR di sini hari ini.
Najib, Isa ketepikan bantahan
BCG adalah salah satu daripada juru runding yang dilantik untuk menerajui proses penyenaraian ini.
Selain
menyediakan pelan dan langkah-langkah penyenaraian, BCG juga
bertanggungjawab menilai kesediaan dan pandangan pihak pengurusan Felda
mengenai tindakan BN menyenaraikan FGVHB dan aset-aset milik Felda.
“Adalah
menjadi tanggungjawab Najib dan Isa untuk memberikan penjelasan kenapa
pandangan dan bantahan pengurusan tertinggi Felda ini tidak diambil
kira dan penyenaraian Felda diteruskan juga.
“Mereka juga perlu memberi jaminan bahawa pengurusan Felda sedia ada tidak diketepikan dan tidak melantik muka-muka baru yang lebih cenderung untuk mengikut kehendak BN bagi mengisi sebahagian besar jawatan baru di dalam Felda,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan