Anggota polis yang hadir telah tidak menghalang mereka yang merancang untuk berkhemah di luar JPM sehingga dapat bertemu perdana menteri, dan masalah perumahan mereka diselesaikan.
Difahamkan mereka menghantar lima orang wakil, yang diketuai Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dan wakil bekas pekerja ladang, K Balakrishnan, untuk bertemu dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan JPM pada jam 1 tengah hari.
Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan tersebut, Arutchelvan berkata permintaan mereka untuk mendapatkan tanah tersebut telah ditolak.
Bagaimanapun, hanya dua orang wakil dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - Hamzah Kasim dan Adi Roslan - yang hadir dan mereka berjanji untuk menyampaikan nota perbincangan kepada JPM.
"Kami menjangkakan tahap profesionalisme yang tertinggi," kata
Arutchelvan, sambil melahirkan kekecewaannya dengan keputusan tersebut dan ketiadaan wakil JPM di mesyuarat tersebut.
Jika permintaan itu ditolak, kata Arutchelvan, maka ia hendaklah secara bertulis dan menurutnya lagi, pekerja dan keluarga mereka akan terus berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan