MALAYSIA KINI
Pergerakan
Pemuda Umno Pulai dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat
laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad
Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang dianggap biadap terhadap
Sultan Johor.
Laporan polis itu dibuat pada pukul 9.30 malam tadi oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno Pulai, Asyik Rahmat di Balai Polis Tampoi.
"Kami sebagai rakyat Johor berasa amat marah dan tersinggung dengan kenyataan Mohamad Nizar yang memfitnah Sultan Johor bahawa baginda telah menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW1," katanya pada sidang media malam tadi.
Turut hadir ialah wakil PERKASA Parlimen Pulai, Pekida Zon Kempas, KRT Skudai Kiri dan Persatuan Dewan Belia Jaya serta lebih 50 anggota mereka.
Menurut Asyik, mereka menyokong kenyataan yang dibuat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris di dalam Twitternya bahawa pembelian nombor plat itu menggunakan duit peribadi Sultan Johor dan bukan wang rakyat.
"Sehubungan dengan itu, kami meminta Mohamad Nizar meminta maaf secara terbuka terhadap Sultan Johor," katanya sambil menambah, Sultan Johor amat pemurah terhadap rakyat menerusi pelbagai sumbangan sebagaimana yang dibuktikan menerusi program Jelajah Kembara Mahkota.
Polis, kata beliau, perlu membuat siasatan terperinci dan mendalam terhadap kenyataan Mohamad Nizar itu yang didakwa menghasut.
Sementara itu Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata pergerakan itu amat kesal dengan kenyataan bekas menteri besar Perak itu.
"Kenyataan Mohamad Nizar itu telah mendedahkan lagi perangai buruknya terhadap khalayak ramai," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, adalah lebih baik bagi Mohamad Nizar tidak membuka mulutnya dan memfitnah Sultan Johor memandangkan beliau tidak berasal dari negeri ini dan tidak mengetahui latar belakang Kesultanan Johor. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan