Bekas
pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa
beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1
juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk
Seri Shafie Apdal.Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak
umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang
pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun
lalu.
“Yang paling rendah sebanyak RM100,000… Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi,” katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.
Noor Azman
menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai
reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak
RM200,000.
“Sepanjang
tiga tahun saya bekerja sebagai pemandu, Shafie akan memberikan
RM100,000 hingga RM200,000 setiap kali berjumpa. Mereka akan bertemu
sebulan empat kali. Semua duit yang diberikan itu akan diberikan secara
tunai.
“Saya
adalah individu yang bertanggungjawab membawa Zahida ke hotel berlainan
sekitar Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Datuk,” kata duda beranak dua
itu.
Zahida didakwa ‘curang’ dengan Shafie
Mengimbas
kembali tuduhan Zahida terhadapnya yang didakwa melarikan RM200,000
pada 29 Februari lalu, Azman (gambar kiri bersama Lathefa
Koya)memberitahu, laporan polis yang dibuat terhadapnya itu palsu kerana
tidak senang dengan tindakannya yang membongkarkan hubungan Zahida
dengan seorang pemuda.
“Saya
tidak tahu bagaimana tuduhan Zahida itu boleh berlaku, saya juga
tertekan untuk hadapi hidup penuh dengan pembohongan,” katanya.
Noor Azman
juga mendakwa gangguan berlaku dalam pelbagai bentuk selepas beliau
dilepaskan daripada tahanan reman pada pertengahan Mac lalu.
“Ada orang duduk di hadapan rumah (saya), orang masuk dalam rumah makcik dan barang hilang, ada kereta tunggu depan rumah pukul dua hingga empat pagi,”dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
“Ada orang duduk di hadapan rumah (saya), orang masuk dalam rumah makcik dan barang hilang, ada kereta tunggu depan rumah pukul dua hingga empat pagi,”dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman – Dayangku Intan – rumahnya turut diganggu oleh individu yang tidak dikenali.
“Mereka
datang jerit-jerit. Ia terus ada sehingga jam dua, tiga, empat pagi.
Macam kita pelarian, macam orang bersalah,” katanya dengan nada kecewa.
Penyanyi terkenal era 80-an itu berkata kad pengenalan Noor Azman menggunakan alamat di rumahnya.
Laporan
polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18
April. Shafie dan Zahida masing-masing menafikan dakwaan itu dan akan
mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka.
Dari mana Shafie dapat wang besar?
Pengarah
Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang turut serta dalam sidang media itu
berkata, pihaknya tidak berminat dengan skandal, tetapi ingin penjelasan
dari mana Shafei mendapat wang sebegitu besar untuk diberikan kepada
Zahida.
“Selepas mengetahui kejadian ini, kami membawa Azman memberi kenyataan, kemudian beliau ditahan reman selama tiga hari.
“Apa yang mengejutkan, polis yang menyoal siasat Azman bukan Pegawai Penyiasat (IO), tetapi daripada Unit Khas (SB).
“Apa yang mengejutkan, polis yang menyoal siasat Azman bukan Pegawai Penyiasat (IO), tetapi daripada Unit Khas (SB).
“Ini membuktikan ada campur tangan polis untuk menutup kes melibatkan Menteri,” katanya.
Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.
7 ulasan:
belum tentu lagi mereka benar2 ada hubungan atau tidak.
setakat pendedahan mcm ini masih boleh disangkal. belum ada bukti kukuh pun.
Zahida claims that she does not know Shafie Apdal. Sources from here:
http://sabahkinimirror.blogspot.com/2012/05/zahida-tolak-semua-dakwaan-noorazman.html
I think its better to wait for the authorities to make the investigation before making more speculation regarding this case.
http://sabah-go-green.blogspot.com/
Apa perkembangan terbaru skandal ini?
Skandal ini sengaja dihangatkan bila PRU semakin hampir.
mesti si Azman ni pun pandai berlakon.. pandai dia buat jalan cerita.. kalau betullah dakwaan dia, kenapa tidak ada bukti lain seperti gambar mereka berdua atau resit hotel dan sebagainya yang boleh dijadikan bukti berkenaan dengan hubungan intim mereka??
Catat Ulasan