Rabu, 30 Mei 2012

PKR: Menteri Pndidikan Tinggi perlu umumkan jumlah hutang PTPTN menjelang 2020



Saya merujuk kepada rekod pemberian pinjaman PTPTN sejak tahun 1997 hingga 2010 seperti yang diterbitkan oleh PTPTN.

Di antara tahun 2005 hingga 2010, berlaku peningkatan ketara jumlah pinjaman yang diberikan kepada pelajar di IPTA dan IPTS seperti yang ditunjukkan di bawah (dalam RM juta):


Pinjaman kepada pelajar IPTA
Pinjaman kepada pelajar IPTS
Jumlah pinjaman
1997
212
7
219
1998
369
29
398
1999
1,465
337
1,802
2000
1,445
312
1,757
2001
1,448
671
2,119
2002
1,531
429
1,960
2003
1,365
488
1,853
2004
1,567
670
2,237
2005
1,574
1,189
2,763
2006
1,795
1,426
3,221
2007
1,693
2,245
3,938
2008
1,791
2,245
4,036
2009
2,046
3,063
5,109
2010
2,583
3,511
6,094

Kadar peningkatan jumlah hutang yang diluluskan di antara tahun 2005 hingga 2010 bagi pelajar IPTA dan IPTS adalah masing-masing 10% dan 17% setiap tahun.

Jika ini diunjurkan bagi tahun-tahun mendatang sehingga 2020, jumlah pinjaman terkumpul yang akan diluluskan menjelang 2020 adalah RM177 bilion, seperti yang ditunjukkan di bawah (dalam RM juta):


Pinjaman kepada pelajar IPTA
Pinjaman kepada pelajar IPTS
Jumlah pinjaman
2011
2,852
4,113
6,965
2012
3,149
4,818
7,967
2013
3,477
5,643
9,120
2014
3,839
6,611
10,450
2015
4,239
7,744
11,983
2016
4,680
9,071
13,751
2017
5,168
10,626
15,793
2018
5,706
12,447
18,153
2019
6,300
14,580
20,880
2020
6,956
17,079
24,036


Dengan kutipan hutang sebanyak RM2.22 bilion sahaja bagi tempoh 1997 hingga 2010, ini menimbulkan pertanyaan besar sama ada jumlah hutang ini akan dapat dikutip pada suatu hari nanti.

Persoalan jumlah hutang yang bakal ditanggung PTPTN ini juga membawa dimensi baru dalam polemik
model pendidikan tinggi negara. Jika model yang mendepankan pendidikan tinggi swasta yang bakal menelan belanja RM24 bilion setahun menjelang 2020 tidak mampu dibayar balik oleh rakyat seperti mana rekod setakat ini, siapakah yang akan menanggung hutang PTPTN ini suatu hari kelak?

Saya kira persoalan jumlah hutang ini sangat penting untuk membolehkan rakyat menilai bagaimanakah bentuk pendidikan tinggi yang mampan untuk negara.

Oleh yang demikian, saya mendesak supaya Menteri Pendidikan Tinggi menjelaskan kepada rakyat berapakah jumlah hutang PTPTN yang diunjurkan dan berapakah unjuran kutipannya kelak?

Beliau juga harus menyenaraikan langkah-langkah yang sedang diatur oleh Barisan Nasional untuk memastikan kutipan hutang PTPTN adalah lebih tinggi dari rekod setakat ini.

MOHD RAFIZI RAMLI IALAH PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Tiada ulasan: