Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata mahkamah akan menentukan
siapa yang betul berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
menyerbu dan merampas buku tulisan penulis kontroversi Irshad Manji.
Beliau berpendapat tindakan JAIS yang menyerbu dan merampas buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' oleh Irshad Manji, "berasaskan kepada kuasa, akta atau enakmen" yang diperuntukkan.
"Sudah tentu dengan kuasa itu, JAIS akan buat tindakan dan mereka yang terlibat sudah tentu JAIS membuat tuduhan di mahkamah.
"Saya rasa mahkamah akan menentukan sama ada tindakan JAIS atau perbuatan mereka yang terlibat adalah benar atau tidak. Keadilan ditentukan di mahkamah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam ini.
Semalam, JAIS menyerbu pejabat Syarikat ZI Publications yang menerbitkan buku Allah, Kebebasan, dan Cinta' oleh penulis kontroversi dari Uganda Irshad Manji.
Pengarah syarikat tersebut Ezra Zaid dilapor berkata seramai 20 penguatkuasa JAIS merampas 180 naskah buku tersebut di Merchant Square, Petaling Jaya.
Operasi itu dibuat mengikut Seksyen 16(1)(a) atay (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor berhubung "kesalahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak" mengikut waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Ditanya sama ada JAIS akan turut menyerbu pencetak buku berkenaan, Khalid yang juga exco Agama Islam berkata beliau "tidak akan menyekat operasi JAIS".
"Operasi JAIS mengikut landasan undang-undang. Tanggungjawab mereka (untuk) menentukan supaya ianya tidak melampaui batas perundangan. Itu sahaja.
"Kalau dia rasa perlu pergi ke penerbit atau pencetak, (maka) dia pergi. Tapi JAIS (perlu) mengambil kira kuasa yang dia ada, dan akan diadili di mahkamah," katanya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut dua exco Dr Xavier Jayakumar dan Dr Halimah Ali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan