Petang
yang penuh syahdu, diusik samar cahaya dari belakang banglo milik
Asmawi Ani, 31, majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat
puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar.Puteri sulung milik
pasangan Mawi dan isterinya, Nor’Asikin Rahmat atau Ekin itu kini sudah
memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28
Februari lalu.
”Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya
memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih
dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini,” ujar
Mawi ketika ditemui di kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru
Bangi, Selangor kelmarin.
Ditanya
mengenai signifikan tarikh yang dipilih untuk mengadakan kenduri
berkenaan, ujar Mawi, tiada yang istimewa melainkan bagi tujuan
memudahkan urusan memandangkan cuti hujung minggu.
“Tiada
yang istimewa pun tarikh untuk kenduri kesyukuran hari ini (Ahad), tapi
sebab cuti hujung minggu, jadi tetamu pun senang datang sebab ada
kelapangan.
“Kebetulan pula keesokan hari iaitu (Isnin), umur Cahaya genap tiga bulan,” tambah Mawi.
Nama Cahaya Malaika dipilih sendiri oleh Mawi dan Ekin ketika dalam tempoh kehamilan yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku.
Ujar
lelaki yang namanya meledak selepas menyertai program realiti Akademi
Fantasia musim ke-3 (AF3) lebih lima tahun lalu itu, dia bahagia
melihat perkembangan anak perempuannya membesar di depan mata dan
teruja menantikan perubahan demi perubahan yang bakal dilalui Cahaya.
“Sekarang
kalau ada cerita kartun di kaca televisyen, Cahaya akan diam dan tengok
saja, buat masa sekarang pembesarannya sama seperti bayi lain,” luah
Mawi berukir senyuman.
Mawi
bagaimanapun tidak menolak sekiranya Cahaya mengikut jejak langkah
kedua ibu bapanya sebagai orang seni, namun perlu disusun dan diatur
kehidupannya dengan berhemat.
“Selagi baik untuk dia, kami sebagai ibu bapa sokong, tak kisah kalau dia suka untuk terlibat dalam bidang seni.
“Kalau dia
mahu jadi artis, jadilah artis yang baik, kami ikut saja apa yang dia
suka,” kata Mawi yang pernah berjauhan daripada Cahaya dalam tempoh
empat hari ketika membuat persembahan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru
ini.
Tak popular
Raut wajah pelantun lagu Aduh Saleha itu berubah kala ditanya mengenai populariti. Dahinya berkerut.
Pernah suatu ketika juara AF3 itu meraih pelbagai anugerah dan dilimpahi rezeki tak putus-putus ketika namanya berada di puncak.
Namun kini, dia lebih akur akan perjalanan seninya yang semakin perlahan dan barangkali sudah tidak selaris dahulu.
“Saya
masih menerima undangan untuk mengadakan persembahan, cuma tidak
sebanyak selepas saya keluar daripada AF dulu. Sekurang-kurangnya empat
atau lima kali dalam masa sebulan.
“Walaupun
kadar bayaran sekarang tidak seperti ketika saya popular dahulu, tapi
saya masih boleh menyara kehidupan keluarga saya. Tuduhan bahawa saya
sudah muflis sebelum ini tidak benar sama sekali dan Insya-Allah saya
masih boleh hidup dalam bidang seni,” tegasnya.
Malah,
Mawi sudah membuat persediaan awal untuk menjamin kelangsungan hidupnya
sebagai seorang penyanyi dan selebriti yang senantiasa menjadi bahan
perhatian.
“Saya
sudah bersedia dari awal-awal lagi, selain bidang nyanyian yang
merupakan sumber periuk nasi, saya turut mencuba bidang penerbitan.
Saya yakin bidang yang sedang saya usahakan ini berkekalan untuk jangka
masa yang panjang,” getusnya penuh yakin.
Tambah Mawi lagi: “Selagi peminat mahukan saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Saya tidak akan berundur.”
Siapa Dapat Lisa
Sementara
itu, Mawi dijadualkan keluar bersama single terbaharu berjudul Termolek
ciptaan Datuk M.Nasir dan lirik oleh Ad Samad tidak lama lagi.
“Penggambaran
klip video single itu akan dijalankan pada bulan Jun nanti bersama
sebuah lagi single Siapa Dapat Lisa,” singkap Mawi.
Siapa
Dapat Lisa juga akan diterbitkan sebagai sebuah telefilem sempena Hari
Raya Aidilfitri pada 23 Ogos nanti dan akan memulakan penggambaran
tidak lama lagi.
Telefilem
terbitan syarikat milik Mawi sendiri, MW Entertainment Sdn. Bhd. itu
akan dibintangi oleh anggota kumpulan Sepahtu (Shuib dan Jepp), Didie
Alias serta Yasmin Hani.
Mawi juga dalam perancangan menerbitkan album kumpulan Sepahtu.
Dalam
perkembangan lain, Mawi yang bekerjasama dengan Art Effect bakal
merakamkan sebuah album Asma Ul-Husna yang dipecahkan kepada 10 buah
lagu.
“Melodi
nyanyian lagu kerohanian ini masih sama seperti yang kita dengar setiap
hari cuma menariknya dipecahkan kepada beberapa track,” katanya yang
dijadual memulakan projek itu bersama Hafiz Hamidun pada bulan Ramadhan
nanti.
Sumber: Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan