Selasa, 29 Mei 2012

Kemalangan libat 3 kenderaan: Lebuh raya ditutup 3 jam


UTUSAN ONLINE


HULU SELANGOR - Bayangkan apa yang berlaku apabila beribu-ribu kenderaan terpaksa menggunakan laluan alternatif berikutan satu kemalangan maut yang mengakibatkan laluan Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung menghala ke ibu negara terpaksa ditutup selama tiga jam.

Ribuan pengguna kenderaan terperangkap dalam kesesakan sepanjang lebih 20 kilometer bermula dari Tanjung Malim.

Pihak pengurusan lebuh raya terpaksa mengarahkan pengguna kenderaan memasuki Plaza Tol Bukit Beruntung untuk meneruskan perjalanan mereka ke ibu negara.

Kemalangan berlaku pukul 6.15 pagi di Kilometer 432.3, di lebuh raya itu menghala ke selatan, kira-kira empat kilometer selepas susur Bukit Beruntung.

Siasatan awal mendapati sebuah lori membawa muatan papan dari arah utara hilang kawalan sebelum terbabas dan melintang di tengah lebuh raya menyebabkan muatan kayu papan lapis itu bertaburan.

Tiada ulasan: