Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr Chandra Muzaffar berkata, perkara itu boleh berlaku kerana keghairahan merebut kuasa matlamat penting yang mendahului segala-galanya.
“Saya tidak dakwa manamana parti akan bertindak ganas sekiranya gagal capai matlamat, sebaliknya saya percaya jika kedua-dua parti tidak berwaspada bermula sekarang, keadaan sukar berlaku dan beri kesan buruk,” katanya.
Beliau harap dua-dua pihak tidak melakukan sesuatu memudaratkan masyarakat,” katanya.
Bekas Ketua Wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah tidak menolak kemungkinan keganasan akan dilakukan pembangkang jika gagal menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) .
“Apabila imbas kembali tindak-tanduk pembangkang, terutama Bersih 3.0, memang banyak gunakan keganasan.
“Saya minta guna saluran betul jika mahu rampas Putrajaya kerana rakyat menilai,” katanya.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir kerana bukti menunjukkan dengan jelas berlakunya insiden tidak diingini jika PR gagal.
“Kenyataan Dr Mahathir mengandaikan PR bertindak ganas sekiranya BN menang dalam PRU13, tetapi dalam hal begini, saya tidak fikir kerajaan akan cetus provokasi seperti didakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan