UTUSAN ONLINE
NEW YORK - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Washington D.C. dari Lapangan Terbang Westchester County semalam selepas melakukan lawatan kerja ke New York sejak Rabu.Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menaiki pesawat khas pada 9.45 pagi semalam (9.45 malam tadi waktu Malaysia).
Perdana Menteri mempunyai atur cara yang sibuk ketika di New York, termasuk mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di Akademi Sains New York (NYAS) pada Rabu.
Najib turut menghadiri persidangan meja bulat perniagaan dengan pemimpin Fortune 500 Companies di Kelab Harvard New York, selain bertemu Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Thermal Energy Corporation, Jeremy P. Feakins; Naib Presiden Eksekutif Motorola Solutions, Gene Delaney; serta bekas Senator Amerika Syarikat, Christopher Samuel “Kit" Bond.
Dalam acara berasingan, Rosmah menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Pandu Puteri Amerika Syarikat, Anna Maria Chavez dan melawat Hospital Kanak-Kanak New York-Presbyterian. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan