Najib yang mengaku beragama Islam pun sama sependapat dengan Karpal Singh tolak Hudud?
Hudud: Karpal tegur Presiden Pas
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.
Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.
"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu.
DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibu kota baru-baru ini. -Bernama
Ulasan GreenBoc
Akhbar-akhbar perdana hari ini menyiarkan muka depan terhadap tentangan Karpal Singh mengenai kenyataan Presiden PAS, TG Abd Hadi Awang berkenaan dengan hudud.
Dan seperti biasa juga, agensi berita BERNAMA tidak ketinggalan untuk mebesarkan hal tersebut kerana dilihat boleh membantu UMNO BN sedikit laba hasil dari kenyataan Karpal tersebut.
Yang jelas, UMNO menumpang untuk bersorak terhadap kenyataan Karpal tersebut, sama keadaan mereka sebelum ini yang bersorak apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek menentang hudud.
Yang bukan Islam menentang hudud amat kita fahami. Ia adalah kerana kurang fahamnya mereka terhadap islam dan PAS terpaksa bekerja keras untuk memahamakan bukan Islam terhadap hukum Islam tersebut.
Tetapi yang nyata dari senario yang ada, ialah sikap UMNO yang semakin terserlah bahawa UMNO sememangnya menentang hukum Allah ditegakkan di atas mukabumi ini. Mereka rupanya lebih jahil dari yang bukan Islam mengenai hukum Islam tersebut.
Kita akan sama-sama menunggu jawapan terus dari Allah swt nanti.
Sumber: http://greenboc.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan