Utusan Malaysia bukan kali ini sahaja “kantoi” menipu.Dah banyak kali dah.Tapi mungkin kali ini, mereka menyiarkan artikel tanpa mengetahui status hujung-pangkal mengenai samada laporan cincin Rosmah Mansor kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat oleh Che’gu Bard.
Ternyata sekali, laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia seolah-olah Che’gu Bard, tidak berani membuat laporan mengenai cincin berharga RM 24 juta tersebut kerana dikatakan beliau mengetahui bahawa berita itu palsu.Namun, rupa-rupanya, laporan mengenai cincin tersebut telahpun dibuat, sebelum artikel Utusan Malaysia itu dikeluarkan.
Paparan pada cop SPRM ini menunjukkan bahawa tarikh laporan ini diterima adalah pada 13 Julai 2011. Jelas sekali Utusan berbohong kononnya Chegubard tidak berani membuat laporan kepada SPRM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan